Penyokong Korea Selatan telah mengibarkan bendera Palestin dalam aksi antarabangsa pasukan mereka. Perlawanan tersebut berakhir seri tanpa jaringan.
Penyokong Korea Selatan menggunakan kesempatan aksi Korea vs Palestin untuk bersama sama mengibarkan bendera negara tersebut.
Ini kerana jika bukan dalam perlawanan menentang Palestin, mereka mungkin akan dikenakan tindakan oleh FIFA yang kerap menganggap isu seperti ini sebagai mencampuri isu politik negara lain.
Korea Selatan bertemu Palestin pada aksi Kelayakan Piala Dunia perlawanan ketiga mereka di Stadium Piala Dunia Seoul.
Penyokong mereka mengibarkan bendera Palestin ketika laungan lagu kebangsaan tersebut berkumandang, dengan ada yang turut menyanyikan bersama lagu tersebut menurut laporan Korea Times.
Sebelum ini di media Korea melaporkan ramai penyokong Korea Selatan di media sosial mencari terjemahan lagu kebangsaan Palestin. Dan mereka turut belajar untuk menyanyikannya dalam perlawanan ini.
More images from the South Korea v Palestine World Cup qualifier where Korean fans displayed solidarity with Palestinians. Photos by Jung Yeon-je. pic.twitter.com/YAgxd4lpQu
— James Nalton (@JDNalton) September 5, 2024
Perlawanan ini juga merupakan aksi debut oleh jurulatih Hong Myung Bo bersama Korea Selatan. Sementara Palestin mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia buat pertama kalinya. Dan lebih mengagumkan mereka mara dalam keadaan negara mereka tengah dalam krisis kemanusiaan.
Sekumpulan penyokong Korea Selatan turut menjadi sukarelawan pasukan sorak untuk Palestin sepanjang perlawanan itu. Mereka turut melekatkan tatu bendera Palestin pada badan mereka.
Menurut laporan Korean Times, kibaran bendera Palestin oleh penyokong Korea ini tidak melanggar peraturan FIFA. Kerana perlawanan ini melibatkan Palestin.
#AsianQualifiers Palestine fans and supporters raise a giant Palestine flag before kickoff of Korea Republic v Palestine. The game produced an an entertaining 0-0 draw.
Thank You Seoul for your hospitality 🙏🇰🇷♥️🇵🇸#WCQ2026 pic.twitter.com/J8vcLU9JJ1
— Football Palestine (@FutbolPalestine) September 5, 2024
Persatuan hak asasi manusia di Korea Selatan, adalah tulang belakang di sebalik solidariti ini. Mereka yang mendapatkan maklumat dan sedia membantu penyokong yang terlibat dari segi perundangan jika ditahan oleh FIFA atau pihak berkuasa.
Persatuan tersebut menyatakan: “Kami mendengar rakyat Palestin sangat sukakan bola sepak. Dan kami di sini bersorak untuk kamu dan berharap kamu boleh menonton kami di TV. Semoga rakyat di Gaza melihat sokongan kami kepada kamu.”
Seorang penyokong warga Algeria berusia 20 tahun yang tinggal di Korea tidak melepaskan peluang untuk menyertai penyokong Palestin di stadium.
“Saya tinggal di Korea dan saya harap kemenangan buat Palestin.”
FIFA sebelum ini menyatakan sebarang simbol politik, kegamaan dan rasisme adalah diharamkan di stadium. Namun begitu, penyokong sorak dari Korea ini mewakili penyokong pelawat yang memakai seragam warna Palestin dan tidak henti henti bersorak.
Mereka turut melaungkan kedamaian tanpa menyebut nama mana negara. Tindakan bijak mereka ini benar benar membuatkan FIFA tidak ada alasan untuk menghukum mereka.
Mereka tidak mengibarkan sebarang banner yang melanggar peraturan FIFA. Tetapi mereka mengibarkan bendera Palestin atas kapasiti mereka adalah penyokong Palestin.
Selepas tamat perlawanan, selepas wisel penamat dibunyikan barulah mereka melaungkan “Free Palestine” dan mereka mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terakhir di dalam perlawanan ini.
Sebagai tambahan gerakan Free Palestine memang tengah hangat di Korea Selatan ketika ini. Semakin ramai generasi muda terlibat. Kerana sudah tidak sanggup lagi melihat lebih banyak kerosakan dan kemalangan jiwa berlaku di Gaza.
Free Palestine 🇵🇸 from South Korea 🇰🇷
It's a global people's movement. pic.twitter.com/2OuACESQEf
— F I R A S 🇵🇸 (@firasshams1) August 16, 2024