Jika anda merupakan penggemar video masakan dan travel di YouTube sudah pasti anda akan mengenali pasangan suami isteri warga Jepun yang memuat naik kandungan mereka di channel iChang.
Bukan saja pernah datang ke negara ini namun mereka sehingga kini masih lagi menghasilkan video-video masakan yang berasal dari Malaysia di rumah mereka di Hong Kong.
Mereka sebelum ini juga pernah mencuba untuk menghasilkan resipi kari ayam seperti yang pernah dikongsikan di channel YouTube Sugu Pavithra.
Namun jika anda menonton episod tersebut pasti anda akan perasan mereka tidak mempunyai rempah kari Baba’s yang tiada dijual di pasaran Hong Kong.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri kini tidak lagi perlu risau sekiranya mereka merancang untuk memasak masakan Malaysia terutama yang mengandungi rempah ratus kerana mereka telah pun menerima beberapa bungkusan rempah ratus yang diserahkan sendiri wakil syarikat Baba’s.
Dalam satu perkongsian yang dibuat di akaun Instagram iChang, pasangan tersebut menerima hadiah ‘berharga’ ketika lawatan mereka ke konsulat jeneral Malaysia di Hong Kong.
“Terima kasih Baba’s menghadiahkan kami rempah ratus Baba’s yang hanya boleh didapati di Malaysia.
“Tidak sabar untuk menghasilkan hidangan Malaysia yang penuh kelazatan dengan mereka (rempah-ratus),” tulis pasangan tersebut di Instagram.
Buat anda yang keliru kenapa rumah mereka dirujuk sebagai Hong Kong, pasangan suami isteri tersebut difahamkan sedang menetap di kota tersebut walaupun berasal dari Jepun.
Video mereka mencuba untuk memasak kari ayam itu sehingga kini sudah pun mencatat lebih 600,000 tontonan dan merupakan antara video yang meraih tontonan paling tinggi di channel mereka.
Tonton video mereka mencuba untuk memasak kari ayam menggunakan resipi yang disediakan ‘Sugu Pavithra’ sebelum ini di sini.
Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai pasangan YouTuber dari Jepun ini di pautan di bawah.
Resipi Sugu Di YouTube Jadi Panduan Pasangan Jepun Ini Hasilkan Kari Ayam
Tertarik Dengan Keunikan Malaysia, ‘YouTuber’ Food Ranger Kini Menetap Di Kuala Lumpur