Beberapa pasukan dari rantau Asean dilaporkan menghubungi FA Russia bagi mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan itu pada jendela antarabangsa FIFA akan datang.
Perkara ini dilaporkan oleh laman Asean Football di laman X dimana beberapa pasukan dari rantau ini mahu mengadakan perlawanan persahabatan menentang Russia pada bulan September.
Baca Juga:
- Kejadian Menimpa Faisal Halim Raih Perhatian Borussia Dortmund
- Kelayakan Piala Dunia: Empat Pasukan Asean Buru Tiket Ke Pusingan Ketiga
- Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: Malaysia Diundi Bersama Thailand, Singapura & Kemboja
♨️ According to our sources, several football federations in ASEAN are contacting the Russian Football Federation 🇷🇺 for friendly matches against the Russian national team during FIFA Day in September. pic.twitter.com/QAc3IAsYFu
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 12, 2024
Besar kemungkinan pasukan yang berminat ialah pasukan yang tidak melepasi saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura.
Indonesia menjadi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara yang akan beraksi di kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dimana mereka diletakkan dalam kumpulan C bersama Jepun, Australia, Arab Saudi, Bahrain serta China dan kelayakan akan bermula pada September nanti.
Menurut perkongsiam wartawan Thailand iaitu Ta Lao, pasukan negara itu menjadi salah satu pilihan untuk menentang Russia dimana FA Thailand sedang berbincang untuk menjadi tuan rumah sekiranya pasukan dari Eropah itu menerima jemputan.
🚨 BREAKING
🇹🇭 Thailand are discussing the possibility of hosting 🇷🇺 Russia for a friendly match on September 5th at Rajamangala Stadium.
Source: Ball Thai Stand pic.twitter.com/YGnFkZGGTU
— Ta L. (@talao_) July 10, 2024
FIFA sebelum ini menggantung Russia dan juga kelab negara itu ekoran pencerobohan yang dilakukan oleh presidennya iaitu Vladimir Putin ke atas Ukraine pada 2022.
Pada Oktober tahun lalu, FIFA kemudiannya memberi kebenaran bagi Russia untuk terlibat dalam kejohanan antarabangsa dimana pasukan remaja dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia lelaki dan wanita bawah 17 tahun.
Akan tetapi, keputusan ini tidak disenangi oleh Ukraine dimana mereka menegaskan tidak akan mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan sekiranya ada pasukan dari Russia yang terlibat.