Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau sedia merasmikan ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya pada hujung September atau Oktober ini dengan syarat ada kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri tersebut semasa menyampaikan ceramah di acara Jelajah Perpaduan MADANI di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran pada Rabu (9 Ogos), petik Astro Awani.

Baca Juga:
- PM Umum Tesla Bakal Buka Ibu Pejabat Di Selangor Pada Tahun Ini
- Indonesia ‘Meroyan’ Tesla Pilih Buka Ibu Pejabat Di Malaysia
- ‘Kilang Terbesar Infineon Bakal Dibangunkan Di Kedah Dengan Pelaburan Mencecah RM25 Bilion’- PMX
“Selang dua-tiga minggu selepas pertemuan (menerusi maya), Ketua Rantau Asia jumpa saya. Dia kata, Perdana Menteri, kami sudah membeli bangunan besar di Cyberjaya untuk ibu pejabat dan dijangka siap akhir September atau Oktober ini.
“Kami minta Perdana Menteri merasmikan, saya cakap boleh tapi dengan syarat Elon Musk datang, kami rasmi sekali,” kata beliau.
[Tonton pada minit 2:18:11 hingga 2:19:45]
Pada pertengahan Julai lalu, Perdana Menteri memaklumkan telah melakukan pertemuan secara maya bersama Elon Musk yang mana turut disertai oleh beberapa Menteri yang berkaitan menerusinya.
Kedua-dua figura itu juga berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pendalaman.
Untuk makluman, beberapa pelanggan Starlink di Sabah sudah menggunakannya dan berkongsi pengalaman mereka sendiri. Anda boleh baca lebih lanjut pengalaman mereka di sini.