Baru-baru ini, sebuah restoran yang menjual roti daging Muslim di ibu kota jadi bualan apabila terdapat seorang pekerja didapati memakai rantai salib ketika menyediakan makanan lalu menimbulkan kegusaran ramai.
Susulan itu, pihak pengurusan restoran telah meminta maaf kepada orang ramai dan mengatakan pekerja itu sudah diberhentikan kerja serta menjawab persoalan netizen berkaitan status halal restoran itu dimana masih dalam proses.
Baca Juga:
- Tular Video Pekerja Pakai Rantai Salib, Pengurus Restoran Roti Daging Muslim Mohon Maaf
- Didakwa Guna ‘Rice Wine’ Dalam Masakan, Restoran Ini Tutup Sementara Cetus Persoalan Netizen
Selepas respon pihak pengurusan restoran dilaporkan, dapat dilihat ramai orang menzahirkan rasa pelik apabila pihak pengurusan memberhentikan pekerja itu.
Makan roti beli dari orang yang pakai rantai salib boleh terus murtad ke? Come on la melayu. Wake up la bangang2 sekalian https://t.co/EVp7QuDPTO
— YM Che Puan Aish (@datinseriaish) November 19, 2023
Kebodohon yg terdidik!
Jobless dah bro tu!
At least dia pakai Salib, dia mengaku berTuhan Dan mungkin Penganut yg bagus, taat pada Agama!Majikan boleh minta dia tanggalkan sebentar!
Nepal yg bekerja di almost F&B di Malaysia, non Muslim di Fastfood, rileks pulak? https://t.co/Sne636Xak9
— ShirleyLim (@MissShirleyLIM) November 19, 2023
Yg tukang viral tu pun, aku tak tahu nak kata bodoh ke BODOH. Kalau dia bukan islam pun makan tetap halal sebab datang dari sumber yang halal.
Bukannya auto haram kalau bukan islam buat. Kalau kau ragu sangat buat apa pergi situ sial. https://t.co/j30Gi5E4yT
— Hector (@bichjuice) November 19, 2023
Pstu kita nk bising bila non muslim bsing kita pakai kiffayeh palestine, pakai purdah.. kau pon sama je perangai. Lemah nau Iman tgok salib takut.. tgok gmbr ala2 greek God takut. klu owner/boss strictly follow Islamic values, pekerja pon kene ikut. Ap nk risau kan. https://t.co/BLiq7CiFOW
— meh🍒 (@ztk62) November 19, 2023
Bukan itu sahaja, menjengah ke media sosial, rata-rata netizen berpendapat tidak seharusnya hal ini terjadi kerana ia seperti satu diskriminasi.
Sebagai majikan, mungkin hanya boleh menasihati pekerja itu tidak memakai rantai dengan salib ketika bekerja dan bukannya memecatnya.