Semalam tular di Twitter sebuah video yang memaparkan seorang pelakon lelaki tempatan di sebuah kelab malam sakan berpelukan dan menari dengan seorang wanita.
Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @aaimanshah9 yang mendakwa wanita yang dipeluk oleh pelakon terbabit adalah teman wanitanya yang tidak mahu mengaku curang.
Baca Juga:
- Mesra Berpelukan Erat, Adegan Shahz Jaszle Dan Emma Maembong Undang Kecaman Netizen
- Kecewa Penginapan Dibatalkan ‘Last Minute’, Netizen Bantu Wanita Teraniaya Serang Pihak Resort Di Google Review
- Isu Sakan Menari Dan Berpakaian Ketat, Mia Sara Lari Dari Disoal Media
Menerusi video itu, dapat dilihat wanita tersebut telah memegang leher pelakon itu lalu mereka berpelukan mesra sambil menari tenggelam dengan dunia sendiri.
Susulan penularan video tersebut, pelakon lelaki itu telah menghubungi lelaki terbabit untuk memadam video yang dimuat naik kerana bimbang imejnya sebagai seorang selebriti terjejas dan mengatakan tiada berkaitan dengan wanita itu.
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut sudah tidak boleh dilihat di Twitter selepas pemiliknya menukar akaunnya kepada mod privasi. Penularan video itu juga membuatkan ramai peminat berasa kecewa dan terkejut dengan apa yang berlaku.