Seorang pelancong warga asing dipercayai daripada negara barat terkejut apabila medan selera ada menyediakan kemudahan sinki khas iaitu tempat basuh tangan.

Walaupun kelihatan biasa bagi rakyat Malaysia, namun bagi pelancong, terutama di barat, mereka akui terkejut dengan kemudahan yang disediakan ini.

Dalam gambar yang dimuat naik itu, boleh dilihat bagaimana dia terkejut bahawa ada negara yang mempunyai kemudahan asas tempat basuh tangan di tempat makan awam.

Di Malaysia sebenarnya basuh tangan sebelum makan memang dah jadi kebiasaan, terutama bila kita makan dengan tangan.

Jadi tak hairanlah bila medan selera di pusat beli belah di Malaysia siap ada sinki di dalam medan selera.

Screenshot

Tapi bagi sesetengah orang luar, mereka lebih terbiasa guna tisu atau hand sanitizer.

Beberapa komen oleh pengguna Threads ini menunjukkan bagaimana netizen terkejut kenyataan pelancong tersebut.

Seorang netizen berkata, “Negara yang guna tisu selepas buang air, tapi tiada sinki di tempat makan? Itu pelik.”

Bagi orang Malaysia, basuh tangan adalah perkara penting.

Malah, seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna, sinki adalah satu kemudahan wajib ada di tempat-tempat awam seperti ini.

“Kami ada paip air di mana-mana,” katanya, merujuk kepada betapa mudahnya mendapatkan akses sinki basuh tangan di Malaysia.

Dalam perbualan yang menarik perhatian, seorang pengguna bertanya mengenai ketiadaan sinki di medan selera Pavilion Bukit Jalil.

Seorang lagi menjelaskan, sinki itu sebenarnya ada tetapi agak tersorok.

Tapi tak semua tempat makan di luar negara mempunyai kemudahan ini.

Komen-komen dari netizen luar menggambarkan rasa pelik mereka kerana di tempat mereka, jarang ada sinki di tempat awam seperti ini.

Ia menunjukkan perbezaan budaya kebersihan antara negara.

Jadi, adakah kita lebih bersih berbanding negara luar? Yang pasti, di Malaysia, kita hargai kemudahan kecil seperti ini yang memudahkan kita menjaga kebersihan sebelum dan selepas makan.