Seorang peniaga gerai burger di Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini telah memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan luahan hatinya apabila ditipu seorang pelanggan yang meninggalkan gerainya dengan makanan bernilai lebih RM40 tanpa membuat pembayaran.

Menurutnya, pelanggan itu yang telah mengambil sebahagian set makanan dipesan memberitahunya mahu pulang mengambil wang tunai di rumah dan kembali semula ke gerai untuk membuat pembayaran penuh serta mengambil pesanan selebihnya tetapi tidak kembali semula.

Baca Juga:

@mohdazroyampang

Dengan rendah diri aku halal kan makanan yang kau ambil, semoga ada rezeki untuk aku pada masa2 akan datang amin #crispybitesburger #burgerayamcrispy #chickencrispyburger #scammers

ā™¬ original sound – Abang BurgeršŸ” – Abang BurgeršŸ”

Sehubungan itu, dia juga menasihatkan penjaja makanan lain supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada agar tidak terpedaya dengan penipuan tersebut.

Walaupun dia mengalami kerugian lebih RM80 tetapi dia memilih untuk menghalalkan sahaja makanan yang telah diambil dan memaafkan penipu tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap peniaga tersebut serta ada juga penduduk setempat yang mahu berkunjung ke gerai burger peniaga itu untuk memberikan sokongan.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga peniaga yang mengatakan bahawa mereka pernah terkena seperti ini dengan orang yang sama. Para netizen turut berasa pelik kerana masih ada orang yang berperangai seperti itu.