Dilaporkan kira-kira dua bot besar yang sarat membawa pelarian Rohingya kini sedang menuju ke Malaysia.

Menurut pemerhati isu pelarian Rohingya sejak tahun 2015, Norman Fernandez memaklumkan menerusi maklumat yang tersebar daripada aktivis Rohingnya mendedahkan bahawa bot-bot berkenaan kini berada hampir dengan perairan negara.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: biswardi hasbi

“Jelas, mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk membolosi perairan kita untuk memasuki negara bagi melepasi rondaan anggota-anggota laut kita,” katanya pada Sinar Harian pada Rabu.

Norman yang juga merupakan seorang peguam berkata, hujung tahun sehingga bulan Mac dilihat musim atau waktu yang sesuai buat pelarian Rohingya ke Malaysia.

Sebelum ini, terdapat saranan untuk pihak kerajaan menetapkan jumlah pelarian Rohingnya dalam negara. Setakat tahun 2020, dilaporkan sekitar 200,000 warga Rohingnya sudah berada dalam negara.

Sumber