Lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila X Shila Amzah muncul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung di TV3 sebentar tadi.
Lagu Pelukan Angkasa itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi. Naib juara pula milik Marsha Milan dengan lagu Cinta dan tempat ketiga disandang Haqiem Rusli dengan lagu Mimpi, masing-masing membawa pulang hadiah RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.
https://www.youtube.com/watch?v=H6Jin7pGee8
Ini merupakan pertama kali lagu dengan genre post-hardcore layak ke peringkat akhir AJL dan merangkul tempat pertama.
AJL tahun ini kembali berlangsung dengan kehadiran penonton dalam jumlah terhad dan mengikut SOP, tidak seperti AJL 35 tahun lalu yang berlangsung tanpa dihadiri khalayak.
Tirai persembahan AJL 36 dibuka dengan persembahan oleh Mas Idayu, Dato’ Jamal Abdillah, Ayda Jebat dan Cassia. Persembahan AJL36 pula ditutup dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan rock legenda negara, Wings.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Adakah tekaan anda tepat untuk keputusan AJL 36 malam ini?
Juara: Sekumpulan Orang Gila X Shila Amzah : Pelukan Angkasa
Naib Juara: Marsha Milan – Cinta
Tempat Ketiga: Haqiem Rusli – Mimpi
Vokal Terbaik: Aina Abdul – Sepi
Persembahan Terbaik: Marsha Milan – Cinta
Penyanyi Pilihan Popular: Aina Abdul & Khai Bahar
Ini beberapa artikel yang hangat di The Vocket sepanjang minggu lalu. Klik pada pautan untuk membacanya.
Akui Anak Sakit Dan Sedang Berubat, ‘Kak Long’ Mahu Orang Ramai Beri Didikan Agama
Raih Jualan RM7.5 Juta Tahun Lalu, Khairulaming Buka Kilang Besar Sambal Nyet Di Kelantan
‘Bimbang Makan Tuan’- Netizen Terkejut Keluarga Ini Bela Ular Sawa Bersaiz Gergasi