Pemain Arsenal ejek Haaland ketika meraikan kejayaan gemilang mereka, membuatkan Mikel Arteta tidak gembira dengan tindakan mereka.
Arteta merujuk kepada tindakan Gabriel dan Myles Lewis Skelly, di mana mereka telah mengejek Erling Haaland.

Pengurus itu sudah memberikan amaran kepada pemain pemainnya agar menghormati lawan mereka dan tidak melakukan ‘taunting’.
Dia meminta pemain Arsenal melupakan sahaja apa yang sudah berlaku kerana fokus mereka adalah kepada prestasi mereka sendiri bukannya perkara seeperti ini.
Arsenal menang besar 5-1 ke atas Manchester City. Yang dianggap menjadi tonik berharga untuk menaikkan semangat mereka dalam usaha mengejar Liverpool dalam persaingan perebutan kejuaraan liga.
Di atas padang Gabriel dilihat meraikan gol rakannya di depan muka Haaland.
Kemudian Myles Lewis Skelly pula meniru keraian Haaland sebagai ejekan kepada pemain itu.
Haaland telah bersikap provokatif ke atas dua pemain tersebut dalam perlawanan pertama. Pada September lalu, Man City mengikat Arssenal pada saat akhir perlawanan untuk seri 2-2.
Haaland menjadi tumpuan ramai. Di mana dia membaling bola ke arah bahagian belakang Gabriel Maghalhaes.
Kemudian mempersoalkan: “Kamu ini siapa?” – ketika Lewis Skelly menegur Haaland yang dianggap bersikap biadap dengan Mikel Arteta dengan menyuruh pengurus itu: “Kekal rendah diri eh.”
Tak suka pemain Arsenal ejek Haaland
Arteta jelas sekali tidak suka pemain Arsenal ejek Haaland. Kerana menurutnya perkara itu tidak matang.
Dia sudah lama terlibat dalam bola sepak, dan dia tahu perkara seperti ini boleh membuatkan pemain hilang fokus.
Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Arteta berkata: “Apa yang berlaku atas pemain itu sendiri. Mereka tahu pandangan saya tentang perkara itu.
“Kami kena kekal fokus pada diri sendiri. Lupakan apa sahaja yang sudah berlaku di atas padang, ianya perkara biasa dalam bola sepak.
“Saya sudah lama bermain bola sepak, lupakannya, tidak perlu buat apa apa lagi,” tegas Arteta.