Krisis tunggakan gaji pemain yang dihadapi oleh pasukan Kedah Darul Aman masih belum diselesaikan oleh pihak pengurusan sehingga kini.
Menurut perkongsian salah satu portal di laman X, salah seorang pemain telah menghantar mesej kepada mereka dimana pemain tersebut menulis beliau rindu dengan kelibat gaji.

Baca Juga:
- ‘Saya Tak Pernah Berdepan Situasi Seperti Ini’ – Pemain Import Kedah
- Pemain Kedah Darul Aman Kembali Boikot Sesi Latihan
- Tiada Duit Isi Minyak Kereta, Pemain Kedah Terpaksa Jalan Kaki Ke Tempat Latihan
Kesian pic.twitter.com/zHUZsbkUwd
— Onefootball.my (@OnefootballM) October 15, 2024
Dalam mesej yang dihantar, pemain itu memberi bayangan bahawa beliau sudah sembilan bulan tidak menerima gaji dan perkara ini menjadi perbualan di laman media sosial.
Musim ini, Kedah Darul Aman menjadi salah satu pasukan yang terjerat dengan masalah kewangan sehingga menyebabkan prestasi tidak menentu yang ditampilkan oleh pasukan itu.
Ekoran masalah ini, pemain Kedah telah memboikot sesi latihan sebanyak dua kali selepas tiada langkah proaktif yang diambil pengurusan pasukan untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji.
Ketua jurulatih pasukan, Nafuzi Zain terpaksa menurunkan pemain muda yang baru sahaja menjalani latihan selepas tamat Sukan Malaysia (SUKMA) pada perlawanan menentang Kuala Lumpur City yang menyaksikan Kedah tewas dengan keputusan 5-0.
Pemain import Kedah, Jose Cleylton menegaskan beliau tidak pernah berdepan masalah tunggakan gaji dalam kariernya sebelum beraksi di Liga Malaysia.
Menurut laporan Sinar Harian, Cleylton menegaskan sepanjang 13 tahun karier sebagai pemain profesional dan beraksi di beberapa negara sebelumnya, ini merupakan kali pertama gajinya tertunggak.
Pemain import Kedah itu turut menggesa agar pengurusan pasukan segera menyelesaikan masalah yang berlaku bagi memastikan para pemain mendapat hak masing-masing.
“Sepanjang 13 tahun bergelar pemain profesional, saya belum pernah berdepan situasi seperti ini.
“Saya masih mengharapkan penyelesaian dapat dilakukan dalam tempoh terdekat.
“Semua orang tahu sudah tahu masalah yang sedang dihadapi oleh kami. Namun semua pemain masih tetap bekerja keras dan cuba melakukan apa yang sepatutnya dilakukan seperti turun berlatih,” katanya.