Pejam celik sudah hampir seminggu umat Islam di Malaysia telah melaksanakan ibadah puasa bersempena bulan Ramadan. Antara topik yang tidak lepas diperkatakan orang ramai, sudah tentulah mengenai lokasi tapak bazar ramadan.
Satu video yang dimuat naik oleh Twitter @hafizaquafiz telah mencuri perhatian netizen, di mana video itu menunjukkan pemandangan tapak Bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani yang dirakam menggunakan dron.
Baca Juga:
- Baru Sedar Terjual Ubi Getuk ‘Masam’, Peniaga Bazar Ramadan Ini Sedia Pulangkan Semula Wang Pelanggan
- Dilengkapi Lebih 150 Gerai, Bazar Ramadan TTDI Tawarkan Pembayaran Dalam Talian Secara Menyeluruh
- Ambil Untung Atas Angin Berlipat Kali Ganda, DBKL Siasat ‘Ayahanda’ Bazar Ramadan
Daripada video dirakam itu kelihatan sejumlah khemah yang tersusun panjang di belakang kawasan perumahan tersebut.
Bazar ramadan paling panjang dalam Malaysia???
Video full ada kat thread bawah pic.twitter.com/qRG1tsSaWG
— Lipur Desa | Lensa Cinta (@hafizaquafiz) March 26, 2023
Netizen memberikan pelbagai reaksi selepas menonton video pendek berdurasi lapan saat itu. Ada yang menyukainya kerana mempunyai pelbagai pilihan juadah yang boleh dipilih untuk dijadikan juadah berbuka.
Namun ada juga berpendapat ianya tidak berbaloi untuk pergi kerana sudah pasti ramai peniaga yang menjual makanan dan minuman yang sama. Jadi tiada keistimewaan buat para pengunjung yang datang.
https://twitter.com/n_irdeeeana/status/1640360165257154560?s=20
tp kalau jual benda sama je hmmm https://t.co/K4FDwrTvxN
— hfz 🇵🇸 (@vouzmeyouz7) March 28, 2023
No thanks. I’m 31, aku nak pi tempat yang ada empat lima gerai je, taknak banyak banyak sangat pilihan 🫡 https://t.co/jlFOK9F5KR
— Teera (@ateeradahalan) March 28, 2023
Pun begitu, ramai juga yang teruja melihat suasana bazar ramadan sepanjang itu kerana langsung tidak menyangka ada lokasi yang boleh memuatkan khemah-khemah sepanjang jalan raya berkenaan.