Menjadi satu amalan biasa buat warga tempatan memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis, bomba dan seumpamanya.
Namun, masih wujud segelintir individu yang berdegil apabila sanggup tidak memberikan kerjasama bahkan menghalang laluan ambulans.
Perkara sama turut berlaku kepada sebuah kenderaan ambulans yang sedang dalam perjalanan membawa pesakit ke hospital di Pulau Pinang.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menuju ke Pulau Pinang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Hazwan Rosly di Facebook, kedengaran ambulans berkenaan telah membunyikan siren sebagai tanda untuk meminta pengguna jalan raya memberikan laluan.
Meskipun telah membunyikan siren namun sebuah kenderaan Myvi berwarna coklat cair yang berada di lorong memotong langsung tidak mengendahkannya.
Sebaliknya kenderaan yang sering digelar ‘king’ di jalanan itu hanya kekal di lorong sama meskipun ambulans berada dekat di belakangnya dengan harapan diberikan laluan.
Menurut Hazwan ketika kejadian, ambulans terbabit sedang membawa seorang pesakit yang juga bapa kepada rakannya dan dalam perjalanan dari Perak ke Pulau Pinang.
“Sedang dalam perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Pulau Pinang ada Myvi ni menghalang ambulas dan tak mahu bagi jalan kepada ambulans,” ujarnya.
Dalam hantaran sama Hazwan turut berkongsi nombor pendaftaran kenderaan berkenaan dan mengelarnya ‘Myvi Teh Ais’.
Video yang memperlihatkan sikap pemandu ‘Myvi Teh Ais’ itu turut menjadi tular di laman X.
Ayah kepada kawan saya sakit.. hendak dibawa ke Hospital Pantai Penang dari Perak.. Sedang dalam perjalanan di lebuhraya utara selatan menuju ke Pulau Pinang ada Myvi ni menghalang ambulan dan tak mahu bg jalan kepada ambulan.. MYVI COLOR TEH AIS
Sumber Hazwan Rosly pic.twitter.com/IZQGR97zPW
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) April 18, 2024
Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai berang dengan sikap mementingkan diri pemandu terbabit sehingga menyusahkan orang lain.
Ramai turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemandu Myvi yang kurang ajar itu.