Tular satu klip rakaman berdurasi 1 minit 15 saat di mana pemandu Honda Civic bernombor pendaftaran Singapura enggan memberhentikan kereta walaupun sudah diminta oleh polis Malaysia.
Polis tersebut terpaksa berdiri di hadapan kereta Honda itu dipercayai bagi menahan pemandu tersebut daripada melarikan diri.
Baca Juga:
- Seludup Ribuan Kotak Rokok, Lihat Penguatkuasa Singapura Kopak Kereta Berpendaftaran Malaysia Terlibat
- 108,757 Saman Belum Dijelaskan, Warga Singapura Bakal Dihalang Keluar Dari Malaysia
- Polis Buka Kertas Siasatan Cari Pemandu BMW Singapura Memandu Secara Melulu
Driver Singapore memang perangai lahanat eh?
Polis kita pun dia tak hormat pic.twitter.com/PPAxpW6ClF
— adlie (@adliehassan) August 2, 2023
Klip video itu telah mengundang rasa marah di kalangan netizen kerana pemandu dari Singapura itu biadap dan angkuh enggan mendengar arahan anggota penguatkuasa Malaysia.
“Macam ini ke perangai rakyat yang mendakwa datang dari First World Country?” ujar netizen.
Dalam pada itu orang ramai meminta supaya penguatkuasa Malaysia dapat melaksanakan undang-undang yang lebih tegas dan ketat kepada pesalah-pesalah dari Singapura yang melakukan kesalahan di dalam negara ini.
Mulakan penguatkuasaan yang lebih tegas untuk puak-puak ni. Sampai bila nak bagi depa masuk negara kita dan buat ikut kepala depa ja. Orang kita pi sana nak kunyah chewing gum pun ketaq lutut. https://t.co/NmkPUFlo6F
— Injang (@Injang_Nation) August 2, 2023
salah enforcement kita juga sb terlalu lembik dgn diorg. Kita Malaysian if ada saman dkt sana, selagi x setel saman x boleh balik malaysia tau. Yg diorg, dh buat taik, balik singapore pastu mai balik buang lg taik. Jinabeng https://t.co/eDlS94LwcK
— Moga Semua Murah Rezeki & Diprmudahkan Urusan Amin (@iyesayaye) August 2, 2023
Itu sebab aku nak saman polis ni terus link dengan imigresen. Celaka2 ni tak boleh keluar selagi tak bayar saman. https://t.co/OV4lQ361lC
— Afendi Othman | Sport Tech (@afendiothman) August 2, 2023
Pada penghujung video, menerusi suara yang bercakap di dalam video, wanita itu menyatakan kereta Honda terbabit didatangi oleh dua orang polis Singapura bagi dikenakan tindakan.
Terdahulu, satu laporan mendedahkan terdapat kira-kira 108,757 saman masih belum dijelaskan atas kesalahan yang dilakukan oleh warga Singapura semasa masuk Malaysia.