Kecoh sejak semalam di media sosial apabila terdapat spekulasi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri bakal membuat pengumuman pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
Ura-ura ini dikuatkan lagi apabila Perdana Menteri tampil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara buat kali yang kedua dalam tempoh terdekat.
Baca Juga:
- Selain Mahu Ke Parlimen, Najib Mohon Jabatan Penjara Benarkan Beliau Balik Ke Pekan
- Iring Anak Ahli Parlimen Tanpa Arahan Pihak Atasan, Anggota Trafik Dipindahkan Ke Bahagian Pentadbiran
Terbaharu, wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap menerusi laman Twitter memaklumkan pintu protokol yang lazimnya ditutup pada cuti umum dilihat dibuka sekaligus menguatkan lagi spekulasi.
Pintu protokol yang lazimnya ditutup pada cuti umum namun dilihat dibuka menimbulkan tanda tanya adakah akan ada pengumuman penting daripada Datuk Seri Ismail Sabri hari ini. https://t.co/lkyVTfHe5O
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) October 10, 2022
Difahamkan pihak pengamal media sudah mula berkampung di hadapan pintu protokol bangunan berkenaan sejak jam 8 pagi ini dalam menantikan pergerakan Perdana Menteri dan mendapatkan perkembangan terkini.
Sementara itu, beberapa ahli politik melibatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan ahli parlimen Bangi, Ong Kian Ming seolah memberi petanda bakal berlaku pembubaran parlimen pada hari ini.
Last evening as a Member of Parliament for P102 Bangi? If so, it has been an honor serving the voters of Balakong, Kajang and Bangi for the past 4 1/2 years. Apologies for my shortcomings. I will be campaigning hard for my successor to defend the seat for DAP and PH.@syahredzan
— Ong Kian Ming 🇲🇾 (@imokman) October 9, 2022
Sekiranya Parlimen dibubarkan hari ini iaitu sembilan bulan sebelum penggalnya tamat, PRU kemungkinan diadakan pada minggu pertama November, berdasarkan amalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam PRU 2013 dan 2018.