Perkhidmatan kurier penghantar barangan diwujudkan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barang dari luar kawasan tempat tinggal mereka. Namun, ada kalanya barangan tersebut hilang begitu sahaja tanpa khabar berita.

Baru-baru ini portal automotif PanduLaju telah memuat naik hantaran di Facebook mendakwa staff sebuah kurier penghantar barangan telah membuka kotak hadiah pemenang cabutan bertuah mereka dan mengambil barangan di dalamnya.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila si pelaku bukan sahaja mengambil hadiah di dalamnya, bahkan dia telah menukar pad brek jenama Brembo baharu kepada pad brek terpakai sebelum melekatkan semula kotak hadiah terbabit.

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian ramai yang sudah lama cukup ‘geram’ dengan syarikat kurier penghantar barangan tersebut di mana seperti tiada tindakan susulan dibuat setelah orang ramai membuat laporan kepada pihak mereka.

Majoriti mahukan syarikat tersebut bertanggungjawab serta membayar ganti rugi yang dialami oleh pihak yang terjejas. Tambah orang ramai lagi, mereka mahu syarikat kurier tersebut ‘menapis’ para pekerja dengan lebih ketat kerana kejadian ini kerap berlaku bagi sesiapa yang menggunakan servis mereka.

Sumber Gambar: Facebook PanduLaju
Sumber Gambar: Facebook PanduLaju
Sumber Gambar: Facebook PanduLaju
Sumber Gambar: Facebook PanduLaju
Sumber Gambar: Facebook PanduLaju
Sumber Gambar: Instagram PanduLaju

The Vocket telah hubungi pihak PanduLaju untuk mengetahui lebih lanjut, mereka menyatakan masih cuba hubungi para pemenang untuk mendapatkan jumlah sebenar hadiah yang telah ditukar.

Mereka mula menyedari mengenai perkara terbabit pada awal pagi semalam apabila ada pemenang yang menghubungi pihak PanduLaju melalui media sosial memaklumkan insiden yang terjadi.

Tambah pihak PanduLaju lagi, mereka telah menghubungi syarikat kurier tersebut bagi mendapatkan penjelasan untuk menyelesaikan perkara terbabit. Namun, masih tiada lagi maklum balas diberikan.

Pihak PanduLaju masih lagi menyiasat kes ini serta mengambil serius terhadap apa yang telah terjadi kerana mahu setiap pemenang cabutan bertuah yang terjejas mendapatkan semula hadiah yang sepatutnya.

Pengguna media sosial lain turut pernah berkongsi pengalaman bungkusan mereka telah dibuka dan digantikan dengan barangan lain. Baca kisah-kisah mereka melalui pautan di bawah.

Beli Baju RM1,500 ‘Dapat’ Jagung Buruk, Lelaki Ini Luah Kekecewaan Terhadap Pekerja Servis Kurier

Gadis Kecewa Parcel Snek Dibuka Pekerja Kurier, Diganti Dengan Botol Susu Dan Permainan

Sumber