Berdasarkan artikel sebelum ini, pingat gangsa yang ditawarkan oleh penganjur Olimpik pada kali ini hanya bernilai RM58 yang mana kualitinya menjadi pertikaian di internet selepas itu.

Nampaknya kebimbangan yang dilontarkan orang ramai telah terjawab apabila seorang pemenang Olimpik dari Amerika Syarikat telah berkongsi keadaan dan kualiti pingat gangsa yang diterima baru-baru ini.

Menurut Berita Harian, Atlet skateboard Amerika Syarikat (AS), Nyjah Huston mendedahkan pingat Olimpik yang dimenanginya sudah rosak hanya seminggu selepas bertanding di Paris 2024.

Sumber Gambar: IG

Huston, 29, meraih pingat gangsa di ibu negara Perancis itu, terpaksa akur kekalahan atas pemenang pingat emas Yuto Horigome dari Jepun dan rakan senegara dari AS, Jagger Eaton pada final acara street lelaki.

Difahamkan beberapa hari selepas pulang ke Amerika, Huston menerusi Instagram peribadi untuk berkongsi pandangannya mengenai kualiti pingat yang diraihnya pada temasya itu.

“Baiklah, jadi pingat Olimpik ini kelihatan hebat apabila ia serba baharu,” katanya.

“Tetapi selepas membiarkannya melekat pada kulit saya dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan saya memakainya pada hujung minggu,” Huston meneruskan sebelum berhenti seketika dan membelek kamera ke pingatnya.

Sumber Gambar: IG

Boleh lihat betapa teruknya kualiti pingat itu menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di mana warna gangsa yang terkopek daripada beberapa bahagian.

“Ia nampaknya tidak berkualiti seperti yang anda fikirkan.

“Ia kelihatan usang,” ujarnya.

Pada bahagian belakang pingat itu tampak rosak dengan agak ketara, tulisan yang tertera di atasnya juga kelihatan terjejas.

“Saya tidak tahu, pingat Olimpik, anda harus meningkatkan kualitinya,” katanya dalam hantaran video itu.

Sumber Gambar: x

Namun, informasi terkini mendedahkan pihak penganjur Olimpik sedia menggantikan pingat tersebut dengan yang baharu. Malah, mereka bakal melakukan kawalan kualiti dan berkerja rapat bersama institusi yang mengendalikan pembuatan pingat tersebut.