Sekali sekala masuk ke kawasan bandar raya Kuala Lumpur pada hari minggu tanpa membawa kenderaan memang agak menarik, lebih-lebih lagi apabila membawa anak kecil merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan awam.
Namun, pengalaman tersebut menjadi satu ‘mimpi ngeri’ buat seorang wanita yang dikenali sebagai Putri apabila terdapat salah satu komponen keretanya telah dicuri semasa berada di kawasan parkir terbuka berbayar bersebelahan stesen pengangkutan awam di Glenmarie.
Parking area LRT CGC Glenmarie. I was having fun bringing my children strolling around kl by lrt. But at the end of the day, someone just cruelly stole our carās exhaust pipe at the parking area. Have anyone experienced the same as mine? This parking lot is not safe! š„² pic.twitter.com/BGrzOntA9L
— Putri (@aputttttt) March 21, 2022
Menurut orang ramai, komponen yang dicuri itu merupakanĀ catalytic converter, ia sangat berharga di pasaran kerana mengandungi bahan logam yang dikenali sebagaiĀ Palladium. Harga terkini boleh mencecah USD8,3350 (RM35,1611)Ā per satu kilogram.
NBC NewsĀ ada berkongsi angka kadar kecurian komponen kereta terbabit, di mana ia telah meningkat daripada purata 108 sebulan pada 2018 kepada 2,347 pada Disember 2020. Biro Jenayah Insurans Kebangsaan menyatakan angka tersebut boleh meningkat dua kali ganda pada tahun 2021 oleh kerana lonjakkan harga bahan logam terbabit.
Kata orang ramai lagi, kawasan parkir kereta terbuka di Glenmarie itu sememangnya ‘kawasan panas’ kerana sudah ada beberapa kes melibatkan kecurian komponen lain seperti bateri kereta berlaku di situ. Difahamkan tahun lalu, terdapat 5-6 kes bateri kereta dicuri dalam satu malam yang sama.
Seorang lagi pengguna media sosial mendakwa keretanya pernah diletakkan di kawasan parkir yang sama dan apabila mahu pulang, dia mendapati tayarnya pancit terkena tiga biji paku.
— Thayanand (@thaya79) March 22, 2022
— Paul Tan š¦ 199 (@paultantk) March 22, 2022
Beberapa tahun yang lepas,
Kami pernah hantar technician ke sini. 5-6 biji kereta hilang bateri kena curi dalam satu malam. https://t.co/ti2JS96gTB
— CARPUT – šš (@carputapp) March 22, 2022
https://twitter.com/syedMshafik/status/1506159655810400256?s=20&t=iao_x9tPxsZVS3xzNfK0kw
Area ini memang kalau tak perlu, jangan la masuk park kereta. Kecurian rim, battery, spoiler, catalytic converter, etc. Semua tu pernah jadi dan bakal terjadi lagi sampai bila-bila.
Ibarat syurga tempat spare parts free pada si pencuri. https://t.co/13Y1w144BE
— MatMin (@MincentVanBoh) March 22, 2022
Ah yes definitely not safe. Friends parked there last time, when they return tyres were punctured, battery was stolen. https://t.co/DAHIBy511j
— Farahin A. (@_winono) March 22, 2022
Tambah Putri lagi, kejadian yang berlaku pada hari Ahad sekitar pukul 5 hingga 11 malam itu didakwa agak sukar untuk mengesan semula si pencurinya kerana kereta tersebut telah diletakkan di kawasanĀ blind spotĀ daripada rakaman CCTV, sekaligus memudahkan lagi pencuri membawa lari catalytic converterĀ tersebut.
Pihak syarikat pengangkutan awam itu sudah pun mengambil maklum mengenai kes kecurian komponen kereta terbabit dan mereka telah meminta operator meningkatkan rondaan di kawasan tempat letak kereta dan meningkatkan tahap keselamatan untuk mengelakkan kejadian berulang.
Jika anda mahu meletakkan kereta di kawasan parkir awam, pastikan anda meninggalkannya di tempat-tempat yang orang ramai boleh lihat dan mempunyai kawalan yang baik serta tidak terlindung sehingga memudahkan pencuri membuat ‘kerja’.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melaluiĀ FacebookĀ danĀ InstagramĀ untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Sementara itu baca lagi isu-isu semasa yang hangat diperbualkan oleh netizen pada sepanjang minggu lalu.
Abang Lori Didakwa Halang Laluan Perjalanan Konvoi Kereta Mewah Cetus Pertikaian Ramai
Finalis Miss Malaysia Dikecam Kerana Tidak Bangga Lahir Di Malaysia, Berharap Lahir Di China
Aksi Panas Dikongsi Zul Ariffin Undang Rasa Tidak Senang Netizen