Peminat bola sepak tanah air berasa geli hati dengan Safee Sali yang menjadikan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada sebagai rujukan mengenai krisis kecederaan pemain pasukan negara ketika ini.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam baru-baru ini membuat satu laporan yang mana Safee berpendapat Kim Pan-gon mempunyai taktik lebih baik untuk bertemu Kyrgyzstan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Salah satu cara bagi mengatasi pasukan dari Asia Timur itu dengan ketiadaan penyerang utama negara seperti Darren Lok dan Romel Morales adalah dengan beraksi tanpa penyerang seperti apa yang pernah dilakukan oleh Vingada sebelum ini.

Perkara ini terus mendapat perhatian dari peminat dimana rata-rata dari mereka berasa pelik dengan tindakan Safee Sali yang menjadikan Vingada sebagai rujukan.

Jurulatih kelahiran Portugal itu dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan pada 2017 dan sepanjang berada di bawah bimbingan beliau, Malaysia tidak pernah mencatat kemenangan di peringkat antarabangsa.

Skuad Harimau Malaya menempuhi tujuh perlawanan di bawah kendaliannya, dengan mencatat lima kekalahan dan dua seri. Statistik itu menjadikan Vingada sebagai jurulatih Malaysia dengan rekod terburuk.

Selepas mencatat keputusan buruk, pada 6 Disember 2017 Vingada meletak jawatan atas rasa tanggungjawabnya terhadap prestasi skuad kebangsaan sepanjang kendaliannya.

Turut mengikut jejak langkah Vingada adalah dua pembantunya, iaitu penolong jurulatih Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan jurulatih kecergasan Francisco Jose Bruto Da Costa.

“Atas rasa tanggungjawab dengap apa yang telah berlaku, saya mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta.

“Saya berharap bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini. Saya berbangga dapat menjadi sebahagian warganya biarpun dalam tempoh yang singkat ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas meletak jawatan.