Peminat Harimau Malaya merasa cemburu dengan rekaan jersi baharu yang dilancarkan oleh skuad kebangsaan Indonesia baru-baru ini.
Selain Malaysia yang memperkenalkan jersi baharu dengan kerjasama bersama Puma, Indonesia tidak mahu ketinggalan dimana mereka turut memperkenalkan jersi baharu yang dihasilkan oleh jenama tempatan iaitu Erspo.

Baca Juga:
- Permulaan Era Baharu Harimau Malaya Bersama PUMA
- Penyanyi Indonesia Puji Malaysia Airlines – ‘Lewat 2 Jam Dikasih Makan’
- Malaysia ‘Gergasi’ Kewangan Islam, Dinobat Nombor 1 Terbaik Dunia
Tema Indonesia Pusaka menjadi inspirasi bagi jersi kali ini dimana Erspo turut memasukkan elemen tradisional seperti rekaan batik yang menjadi simbol terkenal negara itu.
Jersi baharu ini membuatkan peminat skuad Harimau Malaya merasa cemburu, khususnya selepas melihat rekaan jersi baharu yang dikeluarkan oleh Puma.
Bagai langit dengan bumi yaa
Malas dah nak komen apa2, kite senyum je 😊 https://t.co/37vXrIeDR6
— RonKemar (@ronramka) January 23, 2025
Peminat berpendapat jersi baharu Indonesia jauh lebih baik dari segala sudut seperti rekaan dan juga kreativiti yang ditonjolkan pada jersi tersebut.
Ini cara dia. Bukan yang tak berkenaan pun dalam gambar.
Nameset siapa dia showcase?
PEMAIN! #11 ORATMANGOENBukannya…
*Macam nak beli buat simpanan selai? Ongkir berapa ni eh? https://t.co/m08Jw3QMmH
— Ahmad Ridzuan AG (@AhmadRidzuanAG) January 23, 2025
Peminat bola sepak tanah air nyata kecewa dengan rekaan jersi yang dikeluarkan oleh Puma dimana mereka menganggap jersi tersebut terlalu simple dan seolah-olah tiada jiwa bagi jersi yang melambangkan sesebuah negara dalam bola sepak.
Jersi baharu skuad kebangsaan Malaysia itu menampilkan teknologi ULTRAWEAVE revolusioner PUMA dan direka bentuk untuk memberikan keselesaan ringan, fleksibiliti serta ketahanan bagi membolehkan pemain beraksi pada tahap tertinggi, sama ada di gelanggang tempatan atau pentas global.
“Kerjasama dengan FAM ini menandakan satu peristiwa penting bagi PUMA kerana kami dapat mengembangkan kehadiran kami dalam bola sepak Malaysia,” kata Sanjay Roy, Pengarah Urusan PUMA Asia Tenggara & Oceania.
“Kami berdedikasi untuk melengkapkan Harimau Malaya dengan produk inovatif yang memperkasakan mereka untuk mencapai matlamat sambil meraikan kuasa sukan ini untuk bersatu dan memberikan inspirasi.”
Selain membantu pemain di atas padang, kerjasama ini memberi penekanan dalam mendekatkan sukan ini kepada orang ramai.
Melalui inisiatif yang dipacu komuniti, program penglibatan peminat yang eksklusif, dan aktiviti yang meraikan semangat Harimau Malaya, PUMA dan FAM berhasrat untuk mengeratkan hubungan di antara pasukan dan para penyokong.
Koleksi FAM x PUMA edisi terhad kini boleh dibeli dengan harga bermula dari RM89 hingga RM319 di kedai PUMA terpilih di seluruh negara, menawarkan peluang kepada peminat untuk mempamerkan sokongan mereka terhadap Harimau Malaya dan jenama PUMA.