Peminat skuad kebangsaan Singapura berasa malu selepas pasukan itu gagal untuk menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi persahabatan antara kedua-dua pasukan baru-baru ini.
JDT menewaskan Singapura dengan keputusan 3-0 dengan ketiga-tiga gol dijaringkan oleh oleh Nazmi Faiz dalam separuh masa pertama, Mohamadou Sumareh, dan pemain import baru dari Colombia, Jorge Obregon pada separuh masa kedua.
Baca Juga:
- Singapura Bakal Tambah Pemain Naturalisasi Dari Jepun
- JDT Bakal Diperkuatkan Penjaga Gol La Liga 2
- Peledak Berbisa Dari Colombia Sah Sertai JDT
Tinjauan di laman media sosial menunjukkan peminat negara jiran nyata kecewa dengan prestasi yang ditampilkan oleh pasukan mereka yang dianggap kurang memberangsangkan.
Singapura tidak mengatur sebarang pertemuan dengan mana-mana negara lain semasa jendela perlawanan antarabangsa FIFA yang berlangsung dari 2 hingga 10 September ini.
Skuad bimbingan Tsutomu Ogura terbabit mengatur untuk bertemu dua kelab iaitu BG Tampines Rovers yang beraksi di saingan Liga Premier negara itu dan juga JDT.
Difahamkan, pendekatan itu diambil oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berikutan tiada lawan yang sesuai selain ketua jurulatih dari Jepun yang dilantik pada 1 Februari lalu itu memerlukan masa berlatih yang lebih panjang.
Untuk memperkasakan pasukan, FAS kembali menggunakan idea naturalisasi apabila merancang untuk menambah pemain dari Jepun dalam senarai skuad kebangsaan mereka.
Pemain Tampines Rovers, Kyoga Nakamura antara muka baharu yang telah menyertai kem latihan skuad Singapura kendalian Tsutomu Ogura pada minggu lalu.
Nakamura telah menjadi penduduk tetap (PR) Singapura sejak Mac 2024 beliau bakal menjadi pemain naturalisasi kedua selepas Song Uiyoung dari Korea Selatan yang beraksi untuk Lion City Sailors.
Selain Nakamura, Singapura juga bakal diperkuatkan oleh pemain kacukan ‘gred A’ yang merupakan tonggak pertama Cardiff City iaitu Perry Ng.
Selepas jendela perlawanan FIFA pada September ini, Singapura akan beraksi dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric dimana mereka diletakkan dalam kumpulan A bersama Kemboja, Malaysia dan Thailand.