Sebelum ini, Daud Kim pernah terpalit beberapa kontroversi dimana dirinya hanya mempergunakan Islam dan juga pernah didakwa atas cubaan merogol. Hal tersebut seakan sepi selepas penjelasannya dan juga apabila Daud Kim memohon maaf kepada orang ramai.

Terbaharu, nama Daud Kim trending di Twitter dan kembali menjadi bualan netizen. Difahamkan, tular beberapa video yang memaparkan Daud Kim berada di sebuah kelab malam dan mabuk bersama rakan-rakannya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Video tular itu diambil oleh pengguna media sosial di Instastory rakan Daud Kim. Selain itu, muncul dakwaan bahawa Daud Kim hanya mempergunakan agama Islam demi konten dan untuk mendapatkan pengikut yang ramai.

Lantaran itu, rata-rata peminat Daud Kim berasa kecewa dengan tindakannya yang tidak mencerminkan ajaran Islam apabila dilihat berpesta dan mabuk di sebuah kelab malam. Bukan itu sahaja, para peminat turut hilang rasa hormat dan mengatakan sia-sia sahaja mengikutinya selama ini.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut mengecam tindakan Daud Kim yang dilihat tidak bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Malah, para netizen turut berasa kasihan kepada isteri dan anak-anaknya kerana perlu berdepan situasi seperti itu.

https://twitter.com/uyahbmy/status/1492019526669864964

Malah, video TikTok Mia iaitu isteri kepada Daud Kim juga tular dimana menunjukkan anggota badannya cedera dipercayai dipukul oleh Daud Kim. Lantas, para peminat mengatakan peluang kedua yang diberikan oleh Mia kepada Daud Kim disia-siakan begitu sahaja.

Oleh itu, rata-rata peminat sudah hilang kepercayaan kepada Daud Kim dan mengatakan sebenarnya beliau hanya berpura-pura berubah semata-mata mahu meraih populariti dan pengikut.

Bagi anda yang terlepas kontroversi berkaitan Daud Kim, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Pernah Didakwa Atas Cubaan Rogol, YouTuber Korea Mengaku Guna Islam Untuk Raih Populariti

Lihat YouTuber Ini Bongkar Taktik Peniaga Di Myeondong Street Perdaya Pelanggan Muslim