Peminat berpendapat Karim Benzema telah menyindir kembali Cristiano Ronaldo selepas dia memilih Kylian Mbappe daripadanya.

Benzema dan Ronaldo menandatangani kontrak dengan Real Madrid pada musim panas yang sama pada 2009 dan pasangan itu memenangi empat Liga Juara-Juara dan dua gelaran La Liga.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Bersama Gareth Bale, mereka membentuk salah satu trisula yang paling dahsyat dalam bola sepak dunia yang digelar BBC.

Benzema sering bermain sebagai ‘side kick’ kepada Ronaldo, mengambil peranan tanpa mementingkan diri untuk membolehkan CR7 menyerlah.

Dia merupakan pemain paling banyak memberikan assist kepada CR7. Dan Benzema seringkali dianggap tidak cukup bagus ketika era CR7 di kelab itu. Kerana peminat menilai jumlah golnya.

Namun sebenarnya pemain itu lebih mementingkan usaha untuk membantu Ronaldo mendapatkan gol.

Apabila Ronaldo pergi ke Juventus pada 2018, pemain Perancis itu kelihatan semakin meningkat dan jumlah jaringannya bertambah baik dan menjadi lebih konsisten.

Musim terbaik Benzema adalah pada kempen 2021/22 apabila dia menjaringkan 44 gol dalam 46 perlawanan ketika Real memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara berganda, dengan pencapaiannya menyebabkan dia merangkul Ballon d’Or buat kali pertama.

Walaupun bermain dengan Benzema selama beberapa tahun, Ronaldo memilih Mbappe sebagai lebih bagus daripada Benzema apabila ditanya oleh Rio Ferdinand di saluran YouTubenya UR Cristiano.

Ramai peminat terkejut dengan pilihan Ronaldo. Walaupun ketika ini Mbappe adalah pemain yang lebih baik, namun secara keseluruhan ramai merasakan Benzema lebih bagus.

Salah seorang peminat berkata: “Ronaldo memilih Mbappe berbanding pemain paling banyak assist dia, ini benar benar satu jenayah.”

Yang lain mempertahankan tindakan CR7 kerana menurut mereka dia berhak memilih siapa lebih bagus. Dan mereka merasakan Ronaldo mungkin respon kepada Kesebelasan Terbaik Benzema sebelum ini yang tiada nama Cristiano Ronaldo.

Peminat yang seterusnya menyatakan: “Patutlah sebelum ini Benzema menyatakan dia tak pernah menerima ucapan tahniah daripada Ronaldo selepas dia memenangi Ballon d’Or.”

Peminat Percaya Benzema Tayang Ballon D'Or Di IG Story Sebab Sindir Ronaldo

Ada juga yang menegaskan: “Dia pilih Mbappe kerana Mbappe sentiasa menganggap dia sebagai idolanya dan meniru gaya ikoniknya ketika diperkenalkan di Bernabeu.”

Benzema kemudian memuat naik trofi Ballon d’Or di Instagram miliknya. Ramai percaya itu ditujukan kepada Ronaldo untuk mengingatkan dia siapa lebih bagus. Mbappe masih tiada Ballon d’Or. Dia turut menukar gambar profilnya dengan gambar Ballon d’Or.

Peminat Percaya Benzema Tayang Ballon D'Or Di IG Story Sebab Sindir Ronaldo

Seorang peminat berkata: “Karim Benzema membalas Ronaldo memilih Mbappe daripadanya dengan cerita IG yang menunjukkan trofi Ballon d’Ornya.

Yang kedua mengulas: “Mereka sedang dalam perang saudara.”

Seorang lagi netizen berpendapat: “Ronaldo kini telah kehilangan Benzema dan Rooney sebagai kawannya, dua penyerang yang mengorbankan diri mereka untuk Ronaldo.”

Ada juga yang berada di atas pagar menyatakan: “Macam ni je level mereka ni sekarang. Macam budak budak.”