Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kembali menjadi bualan peminat bola sepak tanah air apabila padang dianggap belum bersedia untuk menjadi venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.
Menurut kenyataan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baru-baru ini, mereka mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memperbaiki padang tersebut selepas berakhirnya konsert Coldplay.
Baca Juga:
- PSM Akui Tak Cukup Masa Baiki Padang SNBJ Selepas Konsert Coldplay
- Jordi Amat Tidak Gembira Dengan Keadaan Padang SNBJ
- Tomislav: Rahadiazli Perlu Bermain Di Kelab Lain Jika Mahu Jadi Nombor 1
Dalam masa yang sama, mereka turut memohon maaf kepada Malaysia Football League (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 dan semua peminat bola sepak negara terutamanya penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).
Berikan sepatah dua kata pic.twitter.com/uObhkGaSVW
— VOCKET FC (@vocketfc) December 7, 2023
“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki atau mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu,.
“PSM komited melakukan penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan,” kata kenyataan rasmi SPM.
Selepas melihat keadaan semasa padang SNBJ, peminat telah mengambil langkah kreatif dengan menyamakan permukaan padang dengan beberapa objek antaranya kuih seri muka dan trek balapan olahraga.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) December 7, 2023
Dalam masa yang sama, peminat mahu Hans Issac sebagai pengerusi PSM agar bertanggungjawab sepenuhnya dengan meletak jawatan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.
Permukaan padang Stadium Nasional telah melalui fasa revolusi dimana rumput Zeon Zoysia telah ditanam dimana rumput tersebut dianggap boleh membantu skuad kebangsaan untuk beraksi di tahap terbaik apabila bermain di SNBJ.
Dengan keadaan rumput sedia ada, antara kerisauan peminat ialah ada pemain yang mengalami kecederaan terutamanya pemain utama yang beraksi bersama skuad kebangsaan.
Temasya Piala Asia 2023 berbaki sebulan sahaja lagi dan peminat tidak mahu pemain utama skuad kebangsaan mengalami kecederaan serius.