Peminat Selangor melancarkan petisyen yang mahukan keadilan bagi Faisal Halim yang sehingga saat ini masih belum ada suspek yang didakwa ekoran kes simbah asid yang dialami pemain itu.
Tinjauan kami di laman media sosial mendapati seorang peminat melancarkan petisyen atas talian selepas video CCTV ketika kejadian tersebar.
Baca Juga:
- Polis Siasat Penyebar Video CCTV Faisal Halim Disimbah Asid
- Video: Tular Rakaman CCTV Ketika Faisal Halim Disimbah Asid
- Pembedahan ‘Split Skin Grafting’ Faisal Halim Berjalan Lancar
Petisyen tersebut setakat ini telah mendapat sebanyak 2523 tanda tangan dan ini merupakan salah satu jenis desakan agar pihak berkuasa segera membawa pesalah ke muka pengadilan.
Mohon luangkan beberapa minit untuk sign petisyen ini:https://t.co/pLdvs5I6BH
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) May 23, 2024
Jika anda mahu menandatangani petisyen tersebut, anda boleh klik di sini.
Menerusi video tersebut, memperlihatkan seorang lelaki bertopi sedang menunggu Faisal Halim yang menuju ke arah keretanya sebelum bertindak menyimbah asid itu.
CCTV Faisal Halim disimbah asid ! pic.twitter.com/XaaIv1Oplo
— Onefootball.my (@OnefootballM) May 23, 2024
Sejurus selepas terkena asid tersebut, Faisal terus berlari menyelamatkan diri manakala seorang wanita dipercayai isterinya mengejar pelaku tersebut yang menaiki motosikal bersama rakan subahat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan video rakaman itu adalah benar dan merupakan bahan bukti insiden tersebut.
Menurutnya, pihaknya kini sedang menyiasat pihak yang menyebar rakaman video itu kerana ianya adalah sulit dan sepatutnya berada dalam simpanan polis.
“Polis akan siasat pihak yang menyebarkan video tersebut.
“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan video tersebut bagi menjaga bahan siasatan serta sensitiviti mangsa dan keluarga,” katanya dipetik dalam laporan UtusanTV.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengedarkan lakaran wajah suspek yang terlibat dengan kes simbah asid itu.
Menurut satu kenyataan rasmi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata anggaran umur suspek ialah 30 tahun dengan ketinggian 165 sentimeter.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu seperti lakaran diminta menghubungi pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D6), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Inspektor M.Jagachandran di talian 012-6848166 / 03-2266 6071 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan.