Lagu terbaru yang dibawakan oleh Bruno Mars dan salah seorang anggota Blackpink iaitu Rose bertajuk APT mendapat sambutan hangat dan menjadi pilihan untuk dimainkan di radio dalam negara.
Namun, ada juga peminat yang mengecam lagu tersebut selepas Bruno dianggap memberikan sokongan kepada regim zionis yang ketika ini menceroboh Palestine dan menyiksa rakyat negara itu.
Baca Juga:
- Prajualan Tiket Bruno Mars Live In Kuala Lumpur Licin
- Konsert Bruno Mars Dimulakan Dengan Nyanyian ‘Negaraku’
- Tiada Penukaran Tarikh Konsert Bruno Mars Di Kuala Lumpur Pada 9 Mei
Selain itu, lagu tersebut terdapat lirik yang dianggap mengandungi pelbagai agenda dan tujuan tertentu termasuk elemen lucah dan mengajak kepada pergaulan bebas.
Ekoran lagu yang sedang meningkat naik ini, salah seorang pendakwah selebriti iaitu Ustaz Ahmad Adnin Roslan tampil dengan teguran melalui aplikasi TikTok kepada individu yang mendengar lagu terbabit.
“Apabila saya ‘google’ lirik lagu ‘APT’ itu, liriknya teruk. Lagu itu mengajak kepada pergaulan bebas, zina dan arak. Dan jika dengar lagu-lagu macam itu, zina telinga namanya,” katanya.
Tambahnya lagi, komposer lagu berkenaan juga dilihat secara terang-terang memberi sokongan kepada zionis.
“Apabila dihidangkan dengan hiburan sedikit, kamu semua dah lalai dan terus hilang prinsip semata-mata nakkan viral. Janganlah macam itu sahabat sekalian.
“Sebab itu antara perjuangan saya selain bagi ceramah dan tulis buku, saya juga nak bantu anak muda berubah dengan menghasilkan lagu-lagu dakwah yang berkualiti,” tambahnya.
Ustaz Adnin turut menjelaskan zina bukan sahaja merujuk kepada zina tubuh badan, malah ada juga kategori lain yang merujuk kepada zina iaitu:
1 – Zina mata yang melihat kepada benda-benda haram.
2 – Zina hati yang membayangkan kepada benda-benda haram.
3 – Zina telinga yang mendengar benda-benda yang haram.
4 – Zina kemaluan.