Seorang pengadil di Indonesia tumbang selepas ditumbuk oleh pemain ketika bertugas dalam acara bola sepak dalam temasya Pekan Olahraga Nasional (PON) Indonesia.
Dalam aksi separuh akhir yang mempertemukan Aceh dan Sulawesi Tengah, Eko Agus Sugih Harto yang bertugas untuk mengadili perlawanan telah ditumbuk oleh pemain Sulawesi selepas tidak berpuas hati pengadil itu memberi sepakan penalti terhadap pasukan lawan.
Baca Juga:
- Tiada Darah Indonesia, Ini Faktor Maarten Paes Boleh Beraksi Bersama Garuda
- Media Indonesia ’Claim’ Ferdy Druijf Mahu Beraksi Bersama Skuad Garuda
- Pintas Harimau Malaya Dalam Ranking FIFA, Penyokong Indonesia Sindir Malaysia
Menurut laporan media tempatan, Eko Agus membuat beberapa keputusan kontroversi yang banyak memihak kepada pasukan Aceh sebagai tuan rumah dan perkara ini membuat pemain Sulawesi tidak berpuas hati.
Pak @erickthohir berikan sanksi seumur hidup tidak boleh bermain di sepak bola profesional untuk pemain yang memukul wasit. pic.twitter.com/zb7N4NBl7n
— Nakula (@03__nakula) September 14, 2024
Ketika Eko memberikan sepakan penalti kepada Aceh, pemain pertahanan iaitu Muhammad Rizki kemudiannya menumbuk beliau di bahagian rahang yang membuatkan pengadil itu pengsan seketika.
Pasukan perubatan terus masuk ke dalam padang bagi memberi rawatan kepada Eko dan beliau kemudiannya sedar dan dibawa keluar padang oleh staf keselamatan.
Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir kecewa dengan insiden tersebut dan berjanji akan membuat siasatan secara menyeluruh dan menghukum pihak yang bersalah.
“Memalukan. Sangat memalukan. PSSI akan menyiasat perkara ini dan akan menjatuhkan hukuman berat. Cara pengadil mengawal perlawanan boleh dipersoalkan.
“Akan tetapi reaksi pemaij juga salah dalam perlawanan tersebut. Ini adalah tindakan jenayah yang boleh dijatuhkam hukuman. Sekiranya ada unsur mengatur perlawanan, maka tindakan itu bakal dikenakan hukuman lebih berat,” kat Erick Thohir.
Untuk makluman, PON adalah sama seperti temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan di negara ini.