Bercuti ke negara bekas jajahan Soviet, dan kemudiannya mengambil keputusan untuk berkunjung ke lokasi yang pernah menggemparkan dunia kerana letupan dan kebocoran nuklear serta radioaktif bukanlah satu pilihan popular.

Tapi itulah yang dilakukan oleh Dr Khairul Naeim, seorang doktor perubatan yang kini sedang menyiapkan pengajian PhD di UK. Kunjungan ke Chernobyl, di Ukraine pada 1 Oktober 2017 telah banyak memberi pendedahan baru kepada doktor ini terutama perihal berkaitan kesihatan awam.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Sebelum saya berkongsi lebih lanjut tentang pengalaman Dr Naeim sepanjang di zon yang masih bersisa kesan radiasi ini, mari kita imbas sedikit sejarah di sebalik tragedi yang pernah menggemparkan dunia ini.

Sejarah tragedi Chernobyl

Untuk pengetahuan, terdapat empat reaktor di Loji Kuasa Nuklear Chernobyl yang dibina antara tahun 1970-an dan 1980-an. Takungan buatan manusia berukuran 22 km persegi turut dibina bagi menyejukkan reaktor nuklear di sini. Sumber bekalan air utama bagi takungan ini pula adalah dari Sungai Pripyat.

Bandar terdekat dengan loji janakuasa nuklear ini adalah adalah Bandar Pripyat yang dihuni oleh sekitar 50,000 penduduk pada tahun 1986. Bandar lain yang berhampiran adalah Bandar Chornobyl yang didiami 12,000 penduduk.  Loji nuklear ini juga terletak berhampiran sempadan Belarus.

Tragedi yang direkodkan sebagai kecelakaan nuklear terburuk dalam sejarah dunia ini berlaku pada  26 April 1986. Letupan besar telah terjadi ketika ujian sistem dilakukan di reaktor nombor 4. Ketika tangki reaktor nuklear pecah diikuti letupan wap, ia turut melepaskan 190 tan radioaktif uranium dan graphit dari reaktor ke udara, sehingga menyalakan api.

Kebakaran yang dihasilkan dari kemalangan ini berlangsung selama seminggu dan ia turut melepaskan debu partikel radioaktif ke udara secara meluas. Debu kemudian tersebar ke kawasan lain di Soviet Union, negara Eropah dan negara Skandinavia. Berdasarkan data rasmi pasca-Soviet, sekitar 60% debu jatuh di Belarus.

Menurut lapuran, penduduk yang tinggal di Chernobyl telah terdedah dengan kesan radiasi 90 kali lebih tinggi berbanding letupan bom atom di Hiroshima, Jepun. Lebih kurang 400,000 orang  dipindahkan dari kawasan sekitar, melibatkan lebih kurang 2000 kampung.

Sebelum kemalangan terjadi, Chernobyl merupakan bandar yang dikunjungi ramai kerana keindahan alam semulajadinya. Namun selepas tragedi letupan nuklear lebih 30 tahun lepas, bandar Chernobyl telah menjadi bandar hantu atau ‘gost city’. Chernobyl hanya kembali dibuka kepada umum untuk lawatan terhad bermula pada tahun 2011.

Kita ikuti perkongsian Dr Khairul Naeim bermula dari bagaimana hendak ke lokasi sisa radioaktif ini sehingga beliau di bawa ke Chernobyl, melihat dan merasai sendiri kesan tinggalan malapetaka ini.

Trip ke Chernobyl

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-12

Seakan tidak percaya kerana mampu berdiri di hadapan rektor nuklear Chernobyl.

1. Bagaimana nak ke Chernobyl?

Orang awam hanya boleh ke sana bersama dengan tour guide samada menggunakan pakej secara berkumpulan atau persendirian. Harga pakej rata-rata dalam 90 – 100 USD. Yang paling penting kena tempah awal, selewat-lewatnya 4 hari sebelum tarikh lawatan. Kalau tidak mungkin tidak dibenarkan sertai lawatan atau harga menjadi lebih mahal.

Sewaktu booking, mereka mahu maklumat passport untuk tujuan keselamatan. Nama dalam passport hendaklah sama dengan nama yang ditulis. Nanti passport kita akan disemak sebelum masuk ke exclusion zone.

Pakej yang saya ambil berharga 100 USD.

2. Di mana pakej lawatan ke Chernobyl boleh ditempah?

Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini. Saya memilih syarikat SoloEast & Solo West Tour. Syarikat ini mempunyai rating yang paling tinggi di Trip Advisor untuk trip ke Chernobyl. Untuk info lanjut boleh semak di website tourkiev.com.

3. Apa persediaan yang perlu dibuat untuk ke sana?

Selepas mendaftar dengan tour agent, pastikan butiran diri yang berikan adalah tepat. Pastikan anda mendaftar dengan agen yang sah sekurang-kurangnya 4 hari sebelum tarikh lawatan. Hanya yang berumur 18 tahun ke atas dan tidak mengandung (bagi perempuan) dibenarkan menyertai tour ini.

4. Apakah pakaian yang sesuai dipakai semasa lawatan?

Hendaklah berbaju lengan panjang, memakai kasut bertutup dan berseluar panjang.

5. Berapa lama tempoh lawatan?

Lawatan ini bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 8 malam.

6. Apa yang patut dibawa semasa lawatan?

Lawatan ke sana mengambil masa selama sehari. Jadi sila bawa bekalan makanan bersama.

7. Selamat atau tidak?

Ya, selamat. Pelawat hendaklah ikut semua peraturan yang telah ditetapkan sepanjang di Chernobyl. Semasa di sana, kami hanya melawat tempat yang kesan radiasinya disahkan sudah rendah. Jangan risau, alat dosimeter untuk mengukur tahap radiasi juga boleh disewa di sini.

Semasa meninggalkan kawasan lawatan, badan para pelawat akan di scan di 2 check point bagi memastikan kita bebas dari kesan radiasi dan di waktu yang sama tidak membawa kesan radiasi ke tempat lain.

 

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-13

Pintu gerbang ke bandar Pripyat yang dibuka sejak tahun 1970.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-14

Inilah rektor nuklear Chernobyl.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-5

Gambar diambil di tingkat 16 salah satu apartment di Pripyap yang telah ditinggalkan oleh penduduk di sini sejak 30 tahun lepas. Kami cuma diberi masa selama 20 minit untuk mendaki ke tingkat 16, iaitu puncak apartment.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-6

Pandangan bumbung apartment sebelah dari tingkat 16 apartment yang kami daki. Jika dulu kawasan ini hanya mempunyai beberapa batang pokok, sekarang semuanya dikelilingi pokok dan sudah tidak terjaga.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-3

Ferris Wheel di Pripyat Amusement Park yang sepatutnya dibuka pada 1 May 1986 tetapi tidak sempat dirasmikan kerana letupan nuklear Chernobyl berlaku terlebih dahulu.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-4

Pandangan dekat Ferris Wheel di Pripyat Amusement Park.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-7

Ini juga gambar di Amusement Park. Ini adalah salah satu dari empat permainan yang disediakan di sini.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-10

Saya juga berkesempatan melawat ke hospital di Pripyat dan ini pintu hadapan Hospital Pripyat tersebut.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-8

Ini adalah ruang menunggu hospital berkenaan yang sudah agak usang.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-11
Di dalam salah satu bilik bedah Hospital Pripyat.

8. Apakah tempat yang boleh dilawati sepanjang di Chernobyl?

Semua tempat lawatan sudah di tentukan oleh tour agent. Antara tempat yang menarik perhatian adalah bandar Chernobyl, bandar Pripyat yang berhantu dan merupakan lokasi rektor nuklear Chernobyl, Duga, Red Forest, dan Zalissya.

9. Apakah perkara yang patut dielakkan semasa di tapak lawatan?

  • Kami tidak boleh makan atau minum
  • Kami tidak boleh merokok
  • Kami tidak boleh duduk atau meletak barang di atas tanah
  • Kami tidak boleh memetik buah atau sayur-sayuran yang terdapat di sana

10. Bagaimana pula dengan makan tengahari dan solat?

Untuk makan tengahari, pihak tour agent ada sediakan 2 pilihan iaitu vegetarian  atau normal. Semasa berhenti makan, bagi muslim kita boleh solat. Untuk lebih senang, saya mengambil wuduk semasa dari Kiev lagi.

11. Apakah expectation doktor sebelum ke Chernobyl?

Saya ingin mendapatkan gambaran yang jelas apakah yang telah terjadi kepada bandar yang dikatakan tempat paling tercemar di dunia ini selepas 30 tahun peristiwa hitam letupan nulear berlaku.

Selain itu, saya juga ingin belajar dengan lebih mendalam kesan daripada peristiwa tersebut. Saya tidak menyangka bandar ini telah menjadi seteruk ini setelah saya melihat dengan mata kasar.

Sebelum pergi ke sana, saya juga takut dengan kesan radiasi dan bermacam-macam benda lain lagi bermain di fikiran. Tetapi setelah diberi penerangan tentang kesan radiasi yang rendah, hati saya pun terasa lega.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-9

Ukuran dosimeter menunjukkan radiasi di sini berada pada bacaan 7 microSV/hour.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-15

Perlu sentiasa berjaga-jaga supaya tidak menyentuh kawasan radiasi. Bacaan radiasi dari dosimeter menunjukkan tahap pencemaran di sini adalah 10.61 microsv/hr dan menurut pakar ia tidak merbahaya. Tapi kami dilarang untuk menyentuh atau berdiri lama di sini.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-18

Antara yang ditinggalkan oleh penduduk sewaktu berpindah dari tempat ini.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-17

Sebahagian permainan kanak-kanak yang ditinggalkan sejak lebih 30 tahun lepas.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-16

Buku lama. Sudah berusia lebih 30 tahun.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-20

Ini bukan Anabelle. Tapi macam Anabelle.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-19

Lagi buku lama yang telah ditinggalkan sewaktu proses pemindahan penduduk.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-21

Antara permainan kanak-kanak yang ditinggalkan.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-22

Papan tanda menunjukkan tempat yang ada radiasi. Kena berhati-hati. Tak boleh duduk atau letak barang atau sentuh apa-apa yang ada di sini.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-28

Kereta lama yang ditinggalkan oleh penduduk lebih 30 tahun lepas. Mereka hanya bawa apa saja barang yang sempat diambil dan banyak yang ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-27

Suratkhabar lama juga masih ada di sini. Terbiar kerana kesan radiasi nuklear.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-23

Hidangan yang dihidangkan bersama pakej tour.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-24

Ini adalah hidangan vegetarian yang disediakan. Sedap. Menyesal kalau tak cuba.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-26

Salah satu kampung yang telah terabai. Kampung Zalissya.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-29
Sebelum pulang badan kami diperiksa sebanyak 2 kali untuk memastikan taraf radiasi di badan berada di paras yang selamat.

12. Apakah yang doktor telah pelajari dari lawatan ini?

Dari segi positif
Saya lihat kejadian ini telah membuka mata banyak pihak untuk mengetatkan undang-undang penggunakan nuklear dan juga melakukan persediaan / pelan tindakan kecemasan jika berlaku hal yang tidak diingini.

Sebenarnya penduduk di kawasan ini lambat di keluarkan dari tempat kejadian. Pihak kerajaan Soviet mengambil masa selama seminggu untuk memindahkan kesemua penduduk di kawasan yang terjejas disebabkan tiada perancangan. Ini saya dapat tahu daripada salah seorang yang berada di tempat kejadian.

Dari segi negatif
Letupan nuklear ini memberi kesan negatif kepada kesihatan terutama kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser dan masalah genetik  serta tumbesaran tidak normal.

Mangsa-mangsa letupan juga takut mereka mempunyai penyakit merbahaya dan merasakan mereka tidak sihat. Ini menyebabkan mereka murung, tidak bekerja dan membawa kepada berbagai kesan psikologi lain.

Letupan ini juga turut memberi kesan buruk kepada tumbuhan, haiwan dan ekosistem yang berada di sini.

Apa yang saya dapat dari trip ini
Ia membuka mata dan minda saya tentang bagaimana kejadian ini berlaku. Sebelum ini saya asyik baca dalam buku. Trust me, sewaktu saya baca buku ada feel sikit tentang kesedihan dan malang yang menimpa penduduk di sini. Tapi bila sampai di sini, saya betul-betul dapat rasai perasaan tersebut dengan lebih mendalam. Saya rasa sangat terkesan.

Satu lagi, kawasan ini sebelum berlaku letupan nuklear adalah satu tempat yang sangat cantik dan menjadi tumpuan ramai. Tapi sejak kejadian itu, tempat ini berubah menjadi ghost city.

Akhir kata, tak rugi  untuk datang ke sini. Benarlah kata pepatah oleh Augustine of Hippo “The world is a book and those who do not travel read only one page”. Mood insaf! – Dr Naeim.

pengalaman-ke-zon-nuklear-chernobyl-ukrain-25
Dihadapan pintu gerbang Chernobyl.

Chernobyl hari ini masih tidak selamat untuk didiami manusia

Untuk makluman anda, tiga lagi unit reaktor nuklear lain yang terdapat di loji ini telah menjadi sumber penting bekalan elektrik di Ukraine dan masih beroperasi selama beberapa tahun selepas tragedi letupan. Unit 2 akhirnya ditutup pada tahun 1991, unit 1 pada tahun 1996 dan unit 3 pada tahun 2000.

Sehingga kini kerja-kerja bagi menutup sepenuhnya 3 reaktor nuklear ini masih dijalankan secara berperingkat dan bakal mengambil masa berpuluh tahun lagi sebelum dapat dilupuskan sepenuhnya.

Menurut livescience.com, rantau ini juga dikenali sebagai salah satu tempat perlindungan hidupan liar yang paling unik di dunia. Populasi serigala, rusa, lynx, babi, rusa, beruang dan haiwan lain telah didokumentasikan berkeliaran di hutan di sekitar Chernobyl ini.

Tetapi itu bukanlah bermakna kawasan ini telah kembali normal, atau akan selamat didiami dalam masa terdekat. Malah menurut laporan dan kajian, Chernobyl dan kawasan sekitarnya ini tidak akan selamat untuk didiami manusia sekurang-kurangnya selama 20,000 tahun.

Baca lagi: Tragedi Nuklear Menjadikan Fukushima Bandar Hantu Di Jepun