Sekiranya anda kerap melayari lawan web atau mahu log masuk ke sesebuah akaun menerusi desktop atau telefon pintar, kami yakin anda pasti pernah melihat pengesahan ‘I’m not a robot’ di mana pengguna perlu mengesahkannya.

Baca Juga:
- Data Peribadi Rakyat Malaysia Didakwa Bocor, Dijual Pada Harga RM43,000
- Takut Dibunuh, ‘Hacker’ Ini Mohon Maaf Selepas Bocorkan Data Sensitif Keluarga Diraja Arab Saudi
Menurut Google Search Central, fungsi yang sudah tersedia hampir sedekad ini difahamkan merupakan salah satu ciri keselamatan dalam memastikan hanya manusia sahaja dapat diakses. Dalam erti kata lain, bot yang mahu menyamar sebagai manusia bakal sangkut.
Selain itu, fungsi ini turut menguji pengguna dengan mengeluarkan gambar yang dinamakan sebagi CAPTCHA di mana pengguna perlu mengesahkan gambar atau nombor yang dipapar berdasarkan arahan yang diberikan.
Hal ini dilakukan sekiranya fungsi ‘I’m not a robot’ ini mendapati tindakan yang pelik daripada pengguna seperti membuat pengesahan terlalu pantas dan sebagainya.
Dalam pada itu, tular sebuah video menerusi perkongsian TikTok @fitzyandwippa yang mendakwa fungsi ‘I’m not a robot’ ini berpeluang mengetahui tindakan pengguna sewaktu melayari laman web sebagai langkah untuk memastikan ‘keselamatan’ pengguna.
@fitzywippakate Did you know this? 🤯🤯🤯 #fitzyandwippa
Berdasarkan perkongsian, difahamkan fungsi ini mampu menyemak tindakan pengguna sewaktu melayari laman web. Mengesahkan ‘I’m not a robot’ secara tidak langsunug seolah memberi akses untuk menyemak data pengguna.
Perkongsian yang dilakukan nyata mengejutkan pelbagai pihak selepas mengetahui fungsi ini seolah mampu ‘menceroboh’ data pengguna. Sementara itu, terdapat pengguna yang memaklumkan fungsi ini mampu menjejak cookies pengguna sama ada disahkan atau sebaliknya.


Berdasarkan semakan menerusi beberapa laman sesawang, tidak terdapat sebarang laporan rasmi yang mendedahkan fungsi ‘I’m not a robot’ mampu menceroboh dan mengguna data pengguna.
Sebaliknya, fungsi ini sekadar bertujuan untuk menghalang daripada pihak bukan manusia terdiri daripada bot untuk mengakses sesebuah laman web.