Ciri pemantauan tekanan darah dan ECG pada jam tangan pintar sememangnya jadi dambaan ramai. Ini kerana orang ramai mula sedar akan kepentingan memantau kesihatan secara kendiri dalam menuju ke arah gaya hidup sihat.
Terbaharu, Samsung Malaysia telah mula menawarkan kemas kini aplikasi Samsung Health Monitor Blood Pressure sekaligus membolehkan pemantauan tekanan darah dan juga ECG.
Baca Juga:
- 5 Jam Pintar Dengan Ciri ‘Fall Detection’ Selain Apple Watch Yang Anda Boleh Dapatkan Ketika Ini
- 6 Powerbank Berkualiti Tinggi Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Mampu Milik
Untuk menggunakannya, anda perlu menetapkan aplikasi Samsung Health Monitor pada telefon dan juga Galaxy Watch anda. Kemudian, anda melakukan beberapa tetapan sebelum melakukan penilaian.
Samsung bakal menjayakan bacaan tambahan ini menerusi sensor yang disertakan pada jam tangan pintar berkenaan iaitu sensor Photoplethysmogram (PPG).
Di samping itu, jam tangan pintar Galaxy Watch turut boleh digunakan dalam menilai komposisi tubuh yang baik. Dengan ini, ia bakal memperlihatkan peratusan lemak badan, peratusan air di dalam badan dan juga jisim otot kepada pengguna.
Bagi anda yang menggunakan jam tangan pintar Samsung sama ada model Galaxy Watch5 atau Galaxy Watch5 Pro, bolehlah mengemas kini aplikasi anda dan menikmati ciri baharu tersebut bermula hari ini.