Pengurus botak kian menjadi pilihan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula musim hadapan.
Setakat ini, seramai enam pengurus botak bakal mewarnai saingan EPL dimana dua daripadanya adalah pengendali yang baru dilantik bermula musim 2024/25.
Baca Juga:
- Chelsea Semakin Hampir Bawa Masuk Enzo Maresca
- Ten Hag: Arne Slot Tiba Di EPL Dengan Keadaan Lebih Baik Berbanding Saya
- Erik Ten Hag Tetap Dipecat Walaupun Menang Piala FA
6️⃣ out of 2️⃣0️⃣ managers in the Premier League next season will be bald 👨🦲💈 pic.twitter.com/TSu2OQnEHy
— 433 (@433) May 28, 2024
Yang pertama, pengurus kelahiran Belanda, Arne Slot menjadi pengganti Jurgen Klopp yang memutuskan untuk meninggalkan Liverpool selepas 11 tahun dan memenangi beberapa kejuaraan seperti saingan liga dan juga Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Musim lalu, Slot menjadi pengurus kelab Belanda, Feyenoord dimana beliau membantu kelab itu memenangi Piala KNVB dan menamatkan saingan Eredivisie di tangga kedua.
Seorang lagi pengurus botak ialah Enzo Maresca yang mana beliau bakal dilantik sebagai pengendali baharu Chelsea selepas kelab itu meraih persetujuan untuk menamatkan kontrak Mauricio Pochettino.
Pochettino membimbing Chelsea mara ke perlawanan akhir Piala EFL selain membantu kelab itu kembali ke saingan Eropah dengan menamatkan saingan liga di tangga keenam. Akan tetapi, hubungan yang kurang baik dengan pihak pengurusan membuatkan pengurus dari Argentina itu meninggalkan pasukan.
Musim lalu, Maresca membimbing Leicester City memenangi divisyen dua England, Liga Kejuaraan sekaligus kembali beraksi dalam saingan EPL musim hadapan.
Empat lagi pengurus botak dari musim lalu ialah Erik ten Hag (Manchester United), Pep Guardiola (Manchester City), Sean Dyche (Everton) dan Nuno Espírito Santo (Nottingham Forest).