Pengurus pasukan Gombak TOT United, Haris Fazilal Ahmad mendedahkan isu tidak profesional pemain menjadi penyebab penaja melarikan diri sehingga menyebabkan tunggakan gaji dialami kelab tersebut.
Seperti yang tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini, nama Gombak TOT United mencuri tumpuan ramai ekoran pendedahan dilakukan ketua pasukan, Muhd Ridhwan Zainal.
Baca Juga:
- Isu Tunggakan Gaji Tular Ke Futsal, Kem Gombak TOT United Jadi Mangsa
- MPFL 2024: Gombak TOT United Raih Kemenangan Kedua, Tundukkan Terengganu 4-2
- MPFL 2024: Lima Gol Guntur Bantu Gombak TOT United Hampakan Sabah
Ridhwan telah memuatnaik ‘Facebook Story’ dengan mendedahkan isu tunggakan gaji dihadapi pemain yang hampir memasuki tiga bulan dan hantaran tersebut mendapat reaksi hangat para peminat serta penggiat futsal.
Sehubungan dengan itu menurut sumber laporan Harian Metro, Haris Fazilal telah menjawab segala tohmahan tersebut dan menganggap pemain telah melanggar peraturan dalam kontrak.
“Sebenarnya ada penarikan diri penaja sebab beberapa isu tidak profesional ditunjukkan oleh pemain sendiri yang menyebabkan penarikan diri (itu terjadi).”
“Untuk tunggakan gaji pemain, itu betul tapi dua bulan saja dan tidak termasuk bulan ini. Jadi bukan tiga bulan (tunggakan), cuma pemain tidak sepatutnya terlebih emosi,” ujar Haris Fazilal.
“Mereka tidak membaca kontrak dengan betul. Mereka mempunyai saluran (mengikut terma perjanjian kontrak) 71,72,73 dan 74 yang lebih memihak pada mereka untuk mengambil tindakan yang lebih tepat.
“Bila pemain teremosi, mereka melanggar banyak peraturan seperti terma 14.1. Pemain salah buat kenyataan, keluarkan (kenyataan) dekat media sana dan platform sini.”
“Sedangkan pemain itu, dia tidak tersangkut pun dengan pasukan yang tidak sepatutnya disebut. Contoh, Gombak FA, Gombak FC. Salah itu sebenarnya.”
“Kami memang komited hendak bayar gaji kepada semua (pemain, kejurulatihan dan pegawai pasukan). Mungkin dalam minggu ini kita akan uruskan (pembayaran gaji) sebab kita tahu tanggungjawab kita,” tambah beliau lagi.