Selebriti internet, IShowSpeed sedang berada di Malaysia. Dan dia telah melawat Petaling Street.

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah ketika dia melihat jam Rolex di Petaling Street.

Dia teruja melihat jam tersebut dijual dengan harga sangat murah.

Peniaga tersebut meminta RM120 daripada Speed. Namun dia telah memberikan USD120 yang kira kira RM510.

Peniaga tersebut rasa serba salah ketika Speed bertanya adakah itu cukup.

Speed terus memakai jam tersebut kerana bangga dapat membeli Rolex yang dianggapnya barang ‘real’ pada harga mampu milik.

Peniaga tersebut kelihatan terpinga pinga ketika Speed memberikanya bayaran dalam USD.

Peminat IShowSpeed tahu yang selebriti internet itu sangat suka dengan Rolex. Oleh sebab itu dia seringkali mendapat hadiah jam tangan Rolex daripada rakan dan peminatnya.

IShowSpeed atau nama sebenarnya, Darren Jason Watkins Jr.  lahir 21 Januari 2005), ialah personaliti internet Amerika dan penstrim dalam talian.

Dia terkenal dengan tingkah laku dramatik dan teruja dalam pelbagai strim langsung, terutama sekali ketika bermain permainan video.

Pada tahun 2022, IShowSpeed ​​mula beralih ke kandungan yang berkaitan dengan bola sepak sambil turut menjadi penyokong tegar pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.

Speed seringkali memuat naik konten menyokong CR7 dengan sepenuh jiwa raganya.

Ketika ini IShowSpeed sudah memiliki 30.1 juta pelanggan di saluran YouTube miliknya. Dia seringkali menjelajah ke negara lain untuk menemui peminat dan juga merasai sendiri pengalaman berada di negara orang.