Mulai dilancarkan pada tahun 2021, siri Honda ADV berjaya menjadi pilihan ramai sehingga kini. Bermula dengan model ADV150 dan seterusnya diberi pembaharuan pada tahun 2023 menerusi model ADV160.

Lebih menarik, Boon Siew Honda telah memperkenalkan sebuah lagi model motosikal automatik (AT) di bawah siri Honda ADV iaitu Honda ADV350 bersama warna baharu bagi Honda X-ADV selepas mendapat permintaan tinggi daripada para peminat.

Honda ADV160 dan ADV360 pilihan penunggang urban

Sesuai dengan rekaannya yang moden serta penuh gaya, Honda ADV160 dan ADV350 disasarkan buat pengguna untuk penunggangan di bandar dan juga perjalanan jarak jauh.

Lebih menarik, Honda ADV160 dan ADV350 menggunakan enjin eSP+ yang membantu kedua-dua model ini menawarkan penggunaan minyak yang efisien serta lebih lestari untuk alam sekitar. Jimat poket para penunggang!

Khas buat pengguna yang menggunakan motosikal automatik (AT) secara harian, Honda ADV160 dilengkapi dengan ruang penyimpan 30 liter. Memang cukup sangat untuk menyimpan sebuah helmet beserta baju hujan, botol air beserta kasut getah hujan.

Ruang penyimpanan ini turut diperluaskan lagi bagi model Honda ADV350 dan juga X-ADV.

Mahu cas telefon pintar sambil ride? Bukan lagi masalah kerana kesemua barisan siri Honda ADV dilengkapkan dengan sokongan USB Type-C.

Perjalanan jarak jauh lebih selesa dengan Honda X-ADV

Honda X-ADV

Honda X-ADV dilihat sebagi pilihan motosikal automatik (AT) yang mahukan lebih kuasa dan digunakan untuk perjalanan pada jarak yang jauh.

Mengulas mengenai enjin, Honda X-ADV yang hadir dengan rekaan penuh maskulin ini dikuasakan oleh enjin 750cc. Sistem brek yang ditawarkan juga mampu memberi keyakinan buat para penunggang menerusi penawaran brek ABS bahagian hadapan dan juga belakang.

Honda X-ADV sememangnya mementingkan keselesaan pemandu menerusi tempat duduknya dan juga penyediaan cermin depan boleh laras yang membantu meningkatkan aerodinamik serta juga mengurangkan keletihan penunggang.

Siri Honda ADV sedia ‘menjaga’ anda

Dalam mendapatkan sesebuah motosikal automatik (AT), sudah pastinya sistem keselamatan antara yang menjadi keutamaan ramai.

Menerusi siri Honda ADV, model-model ini dilengkapkan dengan Anti-Lock Braking System (ABS) dan Kawalan Tork Boleh Dipilih (HSTC) dalam mengesan sebarang perbezaan antara kelajuan pada tayar hadapan dan belakang serta mengawal tork enjin agar pemanduan yang lebih stabil dan selesa dapat dicapai.

Bagi model Honda ADV350 dan X-ADV, fungsi HSTC ini boleh dimatikan.

Honda ADV350

Pihak Honda turut menawarkan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) yang membolehkan kesemua lampu LED pada motosikal Honda ADV dinyalakan apabila model ini brek secara mengejut bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya di belakang.

Selain itu, Honda telah menyempurnakan siri Honda ADV dengan Sistem Kunci Pintar bagi mencegah motosikal daripada kecurian.

Bukan itu sahaja, pengguna turut berpeluang menghidupkan motosikal secara keyless dan membunyikan motosikal untuk mencari lokasinya. Serius cool!

Ayuh ride sambil healing bersama siri Honda ADV

Buat anda yang sedang mencari motosikal automatik (AT) yang canggih dan premium serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan, siri Honda ADV adalah jawabannya.

Pastinya anda bakal menikmati kepuasan setiap kali ride bersama siri Honda ADV.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Boon Siew Honda Malaysia dengan klik di sini atau ikuti laman sosial media Instagram dan Facebook Boon Siew Honda.