Segelintir penunggang motosikal didapati suka memilih untuk merosakkan kereta sekira rasa tidak puas hati dengan pemandunya.
Tular satu klip video dashcam sehingga meraih perhatian netizen apabila ada seorang penunggang motosikal terjatuh selepas melakukan buli jalan raya.
Baca Juga:
- Pemandu Toyota Alphard Buli Pengguna Jalan Raya Sudah Ditahan Polis
- Gara-Gara Buli Anak Perdana Menteri Di Jalanan, Polis Gesa Pemandu Iriz Hijau Tampil Ke Balai
- Pukul ‘Side Mirror’ Sebab Tak Puas Hati Tukar Lorong, Motosikal Dirempuh Tesla
Video pendek berdurasi 20 saat itu menunjukkan situasi di mana sebuah kereta jenis Toyota mahu menukar lorong tengah ke lorong kanan.
Walaupun kereta itu sudah memberikan lampuĀ signal, namun penunggang motosikal masih berasa tidak puas hati ‘dipotong’ kereta berkenaan.
Lelaki itu meluruh ke pintu kiri penumpang lalu menendang sekuat hati.
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila dia terjatuh ke lorong tengah melanggar belakang sebuah 4×4 dan hampir dilanggar sebuah motosikal dan Honda Civic yang berada di belakang pada ketika itu.
“Fizik tak menipu,” ujar netizen.
Ini kerana imbangan badan jadi berkurangan semasa satu kaki sedang menendang, ditambah pula daya tolakan semula selepas tendangan dibuat.
Tambah netizen lagi, tidak rugi mengalah dan mengelak perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri; lebih-lebih lagi sekiranya kita seorang penunggang motosikal.