‘Penyewa keluarga dari neraka!’ Begitulah gambaran yang diberikan oleh netizen setelah melihat sebuah bil tertunggak yang mencecah sehingga RM21,894.03.
Menerusi perkongsian laman X/Twitter Malaysia Most Viral, sebuah tangkap layar telah dimuat naik menunjukkan sebuah bil TNB tertunggak yang berjumlah puluhan ribu.
Baca Juga:
PENYEWA KELUARGA DARI NERAKA tinggalkan tunggakan bil elektrik RM 21,894.03 pic.twitter.com/n2wrXbKx6v
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) January 7, 2024
“PENYEWA KELUARGA DARI NERAKA tinggalkan tunggakan bil elektrik RM 21,894.03,” katanya.
Perkongsian tersebut hadir tanpa apa-apa maklumat terperinci, tetapi melalui bil tersebut kelihatan alamat premis adalah terletak di Taiping, perak.
Hantaran terbabit berjaya menarik perhatian netizen yang turut berkongsi pandangan mereka mengenai kejadian tersebut.
Macam mana tertunggak sampai puluh ribu? Dua bulan tak bayar pun dah ada notis nak potong.
— Bbie. (@twtbiy) January 8, 2024
Bukanke kalau tertunggak 3 rasenya dah dapat surat merah nak potong letrik.. skrg dah boleh biar tertunggak lama2 ye.? Kalau boleh mcm ni..cadang nak bayar bil setahun2 aje..🤔😌
— EnciqKaxtuz (@Wild_MushrooMM3) January 7, 2024
Mcm penyewa rumah mak bapak aku la, bil letrik sampai 4-5k x bayar, penyewa keluar baru tau, kalo bila air tu beratus, kenapa tnb x potong? Sbb penyewa bijak setan dia bayar online tp setakat rm2,3 je
— Hazami D Taib (@Arezhami) January 7, 2024
Buat apa mat, bil alif syukri pun 20k sebulan tapi dia ddk mansion, so phm la knp mahal. Ni kalau ddk rumah biasa, xtau la.
— grim 🇵🇸 (@tansridatogrim) January 7, 2024
Dalam masa yang sama, sebahagian netizen pula menyalahkan TNB kerana tidak memotong bekalan elektrik penyewa sehingga akhirnya menjadi beban pemilik.
Hat peliknya awat @Tenaga_Nasional tak potong lekrik selepas tak bayaq bil berbulan². Mcm ada benda yang tak kena belah TNB.
— Abu Attasto (@adzdin) January 7, 2024
Bagaimanapun, TNB dalam hantarannya menjawab bahawa pemotongan hanya akan dilakukan oleh pihak Kedai Tenaga dan TNB tidak dibenarkan menceroboh premis tanpa kebenaran pemilik akaun.
“Arahan pemotongan adalah bergantung kepada pihak Kedai Tenaga. Pihak TNB tidak akan melakukan pemotongan walaupun mempunyai tunggakan tinggi sekiranya premis berkunci kerana pihak TNB tidak boleh menceroboh premis tanpa kebenaran daripada pemilik akaun,”
Hi @adzdin. Arahan pemotongan adalah bergantung kepada pihak Kedai Tenaga. Pihak TNB tidak akan melakukan pemotongan walaupun mempunyai tunggakan tinggi sekiranya premis berkunci kerana pihak TNB tidak boleh menceroboh premis tanpa kebenaran daripada pemilik akaun. TQ – Ilyana
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) January 7, 2024