Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) dilaporkan sudah memiliki calon terbaik untuk menggantikan tempat Gareth Southgate yang telah letak jawatannya sebagai pengendali England.
Menurut laporan media antarabangsa, difahamkan mereka sedia menunggu kontrak Pep Guardiola bersama Manchester City berakhir pada tahun 2025 untuk terus memikat pengendali dari Sepanyol itu.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Guardiola dijangka akan menamatkan tempoh gemilangnya di Manchester City pada penghujung musim depan selepas menjuarai 15 trofi utama termasuk gelaran sulung kelab di Liga Juara-Juara.
Dalam satu laporan di UK, FA tetap menunggu Guardiola dan biarpun tidak mempunyai niat untuk menangguh pelantikan tetap beliau dianggap sebagai calon paling tepat sehingga mereka sanggup melantik pengurus sementara.
🚨🚨| NEW: The FA want to appoint Pep Guardiola and are willing to wait for the Spaniard with his Man City contract ending in 2025.
That means they could appoint an interim England manager to replace Gareth Southgate.
[@MiguelDelaney] pic.twitter.com/EK1AddO7X7
— WISE FOOTBALL (@wisefootball11) July 18, 2024
Kontrak Southgate bersama England sepatutnya berakhir pada Disember ini dan terdapat spekulasi yang bertiup kencang mengenai sama ada pengendali Three Lions itu akan kekal memegang peranannya.
Pengunduran Southgate sebagai pengendali Three Lions disahkan pada Selasa lalu selepas tewas 2-1 di pentas final Euro 2024 di tangan Sepanyol.
Beberapa pengendali turut dikaitkan untuk mengambil tugas Southgate antaranya pengurus pasukan wanita England, Sarina Wiegaman, Graham Potter, Eddie Howe dan pengendali skuad bawah 21 tahun England, Lee Carsley.
Pep Guardiola's chances of becoming the new England manager have been described as 'remote' in a new update.https://t.co/aaFFquVTbp
— City Xtra (@City_Xtra) July 18, 2024
Sebelum ini, Guardiola pernah menyatakan keinginannya untuk pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa namun tidak mendedahkan mana-mana negara.
“Sebuah pasukan kebangsaan, iya. Langkah seterusnya akan ke pasukan kebangsaan, sekiranya ada peluang. Sebuah pasukan kebangsaan menjadi langkah seterusnya,” kata Guardiola dalam satu temubual pada 2021.
“Saya mahu melatih (pasukan) untuk Kejohanan Eropah, Copa America atau Piala Dunia.”