Pada bulan Julai lalu pencipta konten masakan tersohor, Khairul Aming perlihatkan episod pertama video masakan travelog terbaharunya yang dirakam di New Zealand.
Ternyata video itu mendapat sambutan ramai selepas memaparkan suasana dan lokasi memasak berbeza daripada kebiasaan Khairul Aming sejak 7 tahun lalu.
Baca Juga:
- ‘Tambahkan Nilai Positif Dalam Konten’ – Khairul Aming Kongsi Pesanan Bermakna Semasa TikTok Awards 2024
- ‘Faham Nak Bergurau Tapi Tak Boleh Tweet Fake Macam Ini’ – Khairul Aming
- ‘Influencer’ Malaysia Terkejut Jumpa Orang London Kenal Khairul Aming
Sebentar tadi, Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon datang berjumpa Khairul Aming sebagai tanda penghargaan mempromosikan negara tersebut.
@khairulaming Hari ni Khairulaming dan Perdana Menteri New Zealand berjumpa sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video masak yang kita buat dekat sana 🥹
Semasa sesi pertemuan berlangsung, Khairul Aming dan Christopher Luxon saling bertukar pendapat dan budaya kedua-dua negara; lebih-lebih lagi perihal masakan dan makanan.
“Saya mengambil kesempatan untuk memperkenalkan beliau kepada sarapan pagi Malaysia sambil bertukar pendapat mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, perdagangan eksport daging dan tenusu halal, pemeliharaan alam semula jadi dan potensi eksport produk PKS tempatan ke New Zealand,” ujar Khairul Aming.
Di akhir video itu, pencipta konten itu mengenang semula sewaktu beliau bermula.
Pada masa sama beliau menyatakan langsung tidak menyangka satu hari nanti dapat berjumpa dengan orang penting negara luar.
“Lapan tahun lalu, saya merakam video memasak pertama saya sambil duduk di atas lantai. Hari ini, saya mendapat keistimewaan untuk duduk di sebelah Perdana Menteri sebuah negara yang terkenal.
“Teruskan berkerja keras, anda akan kagum di mana kehidupan boleh membawa anda,” kata Khairul Aming.