Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer enggan mengumumkan cuti tambahan jika England dinobatkan sebagai juara Euro 2024 menewaskan Sepanyol pada aksi final yang berlangsung awal pagi isnin ni.

Alasannya ialah dia bimbang nasib malang menimpa pasukan bimbingan Gareth Southgate jika umum lebih awal.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, beliau mencadangkan akan ada bentuk perayaan jika England memenangi kejohanan bola sepak utama lelaki yang pertama sejak 1966.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong cuti diberikan jika pasukan Southgate menang, beliau memberitahu penyiar di Washington DC:

“Kita pastinya harus menyambut acara ini, saya tidak mahu menjauhkan diri dengan nasib yang lebih baik.

“Saya menghadiri final Euro yang lalu, saya tidak mahu melalui itu lagi. Saya tidak mahu menjauhkan nasib baik tetapi kita mesti meraikannya dengan cara tertentu. Tetapi perkara yang paling penting adalah menyelesaikannya pada hari Ahad (Isnin pagi).”

Starmer, yang sebelum ini berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri jika pasukan itu gagal dalam perlawanan akhir dan tidak memenuhi ramalannya.

Parti Liberal Demokratik meminta cuti tambahan selepas England menang 2-1 ke atas Belanda di separuh akhir.

Starmer sebelum ini menyokong seruan untuk cuti ihsan apabila pasukan bola sepak wanita England melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia tahun lalu.

Beliau sempat menonton Harry Kane menjaringkan gol penyamaan England di separuh akhir, dalam satu bilik khas dengan rakan sejawatnya dari Belanda, Dick Schoof.