Walaupun Dato’ Aliff Syukri sering dilanda kontroversi, memang tidak boleh dinafikan rumah agamnya yang diberi nama ‘Palace Aliff Syukri’ sentiasa menjadi sebutan ramai kerana kecantikkan binaan dan rekaan dalaman yang cukup mewah.
Namun begitu, tular sebuah video di media sosial baru-baru ini mengenai seorang pereka dalaman yang telah mengkritik rumah usahawan itu seperti kedai tomyam.
Difahamkan, video kritikan tersebut telah pun dipadam oleh pemilik akaun TikTok itu namun Aliff Syukri sempat membidas kenyataan individu terbabit dalam satu video yang dimuat naik semalam.
Kata Aliff Syukri, rumahnya itu dibina oleh salah seorang pereka dalaman terbaik di Malaysia dan individu itu berhak untuk memberi komen tentang konsep rekaan dalaman rumahnya itu.
Aliff Syukri turut mendakwa individu itu tidak berdaftar dengan Malaysian Institute of Interior Designers (MIID). Dia juga sempat memerli pereka dalaman tersebut.
@abangterlajaklaris setiap orang ada selera masing-masing tak payah nak sebut nama sesiapa… dengar cerita ..dia ni Die tak de registered dengan miid.. search tak keluar nama dia di Web page miid 🤣🤣 so jgn bak feeling ko paling terbaik.. dan nak gunkan nama sy untuk naikkan bisnes id awakk.. duit saya konsep saya rumah saya ikut suka hati saya..sesuaka hati kata rumah aku mcm kedai tomyam.. nak gak tngok rumah awakkk pula yg megaa tu🤣🤣🤣
Terbaharu, pereka dalaman tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Aliff Syukri.
Menurut Filla Ismail, dia tidak berniat untuk menyindir dan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tehadap mana-mana pihak termasuklah Aliff Syukri.
“Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam video tersebut, khususnya mengenai reka bentuk dalaman rumah Dato’ Sri Aliff Syukri bertujuan untuk ilustrasi semata-mata dan bukan untuk diambil sebagai kenyataan fakta.
“Kami tidak pernah berniat untuk mengkritik atau membuat kenyataan fitnah terhadap sesiapa sahaja termasuk Dato’ Sri Aliff Syukri atau mana-mana orang lain yang berkaitan dengan perkara itu,” kongsinya dalam kenyataan terkini.
Tambah Filla, pihaknya juga sudah padam video tersebut dan sentiasa bersedia untuk bertemu dengan usahawan itu secara peribadi untuk bincang tentang isu ini.
Ujar Filla lagi, dia hanya menjadikan kediaman usahawan itu sebagai contoh terdekat perabot yang mahal tidak semestinya nampak mewah jika tak susun dengan cara yang betul.