Terjadi diskriminasi terhadap perenang China dalam temasya Sukan Olimpik 2024 dimana mereka diuji doping sebanyak 600 kali, jauh lebih banyak berbanding atlet dari negara lain dan tiada satu kesalahan yang dicatatkan.

China memenangi 12 pingat dalam acara renang, dua emas, tiga perak dan tujuh gangsa yang mana pencapaian ini lantas mengundang kritikan dari atlet Amerika Syarikat dan Eropah yang tidak berpuas hati dengan kemenangan mereka.

Baca Juga:

Menurut laporan Cision, setiap atlet diuji sebanyak 21 kali sebelum temasya bermula namun tiada kesalahan yang ditemukan dan semua atlet dibenarkan untuk bertanding.

Berbeza dengan atlet lain khususnya Amerika Syarikat dan Eropah, secara purata mereka diuji sebanyak lima atau enam kali sebelum temasya bermula.

Perenang Britain, Adam Peaty berpendapat atlet China sepatutnya tidak dibenarkan untuk bertanding dalam temasya Sukan Olimpik 2024 selepas acara itu tamat pada Ahad lalu.

China memenangi acara berganti-ganti 4×100 meter rampaian lelaki dalam masa 3 minit, 27.46 saat, dengan dua daripada empat ahli pasukan itu disenaraikan antara 23 perenang China yang diuji positif menjelang Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lalu.

“Saya rasa anda tahu kebenaran itu dalam hati anda. Walaupun anda memenangi pertandingan dan anda tahu anda menipu, anda tidak menang, bukan? Jadi, bagi saya, jika anda pernah melakukannya dan anda telah dua kali terlibat, saya fikir sebagai seorang yang terhormat ia bermakna anda harus keluar dari sukan itu. Kita tahu sukan tidak semudah itu,” kata Peaty.

Diskriminasi yang dilakukan ke atas perenang China ini mendapat kritikan dari peminat dimana mereka menganggap atlet dari Barat sukar untuk menerima kekalahan dan tidak boleh menerima hakikat atlet lain lebih hebat dari mereka.

Selain itu, peminat juga beranggapan atlet Barat terlalu besar kepala dan merasakan hanya mereka yang layak untuk memenangi pingat di Sukan Olimpik.

“Sebarang keraguan hanyalah gurauan. Tekanan hanya menjadikan kita lebih kuat,” kata Qin Haiyang – sebahagian daripada kuartet rampaian 4x100m lelaki yang mencipta sejarah selepas kemenangan mereka yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Amerika pada Isnin lalu.