Semalam, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ kemalangan dan terjatuh ke dalam lubang ketika sedang melakukan aktiviti berbasikal. Lantaran itu, akaun Twitter JKR Kuala Langat telah memohon maaf kepada Khairy di atas kejadian itu.
JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh.
— JkrKualaLangat (@JkrKualaLangat) December 27, 2020
Permohonan maaf daripada JKR Kuala Langat itu meraih perhatian netizen. Mana tidaknya, aduan yang dibuat mereka sebelum ini dipandang sebelah mata tetapi apabila menteri terlibat kemalangan akibat jalan berlubang, laju sahaja meminta maaf.
Malah, banyak kejadian seperti ini sudah dilaporkan netizen tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab. Netizen berasa kecewa dengan tindakan kurang bertanggungjawab pihak berwajib.
This water puddle on main road in Banting, already sent in Aduan to MPKL 2 months ago…Still there today. pic.twitter.com/0guFojHsME
— Boon (@boonhuat_ng) December 27, 2020
Parut kenangan musim covid-19 ni. Saya tak perlu pemohonan maaf dari @JKRMalaysia . Apa yang saya minta cuma tolong ambil tindakan dan pantau jalanraya rosak yang lain terutamanya laluan motorsikal. Kasihanilah penunggang motorsikal seperti saya. pic.twitter.com/5iMCwybRm6
— нѕ (@HamirulSarman) December 27, 2020
Kalau rakyat biasa langgar lubang sampai ada yang meninggal pun, buat bodoh je.. Sampai kena ada surat untuk proses. Hmmmmm sedih plak bila ada double standard mcm ni.
— .:ᗩ Z a M:. (@muhd_azam7) December 27, 2020
So you're saying a menteri needs to be in an accident in order for the road to be fixed properly?
Interesting. https://t.co/FE7vtgDurM
— Lehan Attenbodoh 🏴 (@Solehanc) December 28, 2020
See? When the victim is a VIP, they will apologize straightaway. For average people like us, they just turn a blind eye. https://t.co/24jmyZRgz9
— Kemenyan 🇲🇾 (@kemenyan1234) December 27, 2020
Diharap dengan kebangkitan isu ini, masalah jalan berlubang yang merbahayakan para pengguna jalanraya akan diselesaikan dengan kadar segera. Apakah pendapat anda akan isu ini?
Bagi anda yang terlepas berita Khairy Jamaluddin kemalangan, boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Jatuh Lubang Ketika Berbasikal, Akaun Twitter JKR Kuala Langat Mohon Maaf Kepada KJ
Khairy Jamaluddin Sahkan Sandbox Wujud Di Malaysia Buat Peminat Drama Start-Up Terkejut
Khairy Jamaluddin Hentam Peniaga ‘Online’ Jual Produk Penipu