Warga asing yang bertempat di Malaysia dilihat sudah semakin ‘selesa’ apabila bebas melakukan perniagaan, membawa kenderaan dan lain-lain lagi. Warga tempatan secara tidak langsung merasa tergugat dengan mereka kerana sepertinya tiada pengawasan daripada pihak berkuasa.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mendakwa berlaku peningkatan lebih tiga kali ganda terhadap permohonan permit memandu antarabangsa membabitkan warga Pakistan pada bulan ini.
Baca Juga:
- DBKL Tutup Serta Merta Dan Kompaun 44 Premis Niaga Kendalian Warga Asing
- ‘Ini Baru Betul’ – Netizen Puji Tindakan Lelaki Tempatan Jerkah Warga Asing Main Judi Di Laluan Pejalan Kaki
- Pernah ‘Kantoi’ Tunjuk Jari Tengah, Pasangan Warga Asing Kerap Minta Sedekah Di Ibu Kota Ditahan
Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, pihaknya akan membuat siasatan jika pertambahan luar biasa itu ada berkaitan dengan sindiket yang menyalahi undang-undang negara.
Menurut beliau, hasil semakan pada laman web rasmi juga mendapati terdapat sehingga 20 permohonan sejak awal Oktober berbanding hanya enam sahaja sepanjang September.
Sebelum ini, pihak JPJ hanya menerima dua hingga tiga permohonan permit memandu antarabangsa dalam kalangan warga Pakistan. Jadi, mereka mengesyaki ada sesuatu yang berlaku namun siasatan masih dijalankan.
Malah, semakan awal juga mendapati terdapat nama pengawai dengan jawatan yang sama tetapi orang berbeza yang mana menimbulkan lagi keraguan di pihak atasan.
Susulan itu, pihak JPJ Kelantan tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika terbukti berlaku sindiket berkenaan. Hal ini perlu dilakukan bagi menjaga kredibiliti dan nama baik badan terbabit.
Di Kelantan, terdapat seramai 900 peserta MyLesen menerima lesen PDL secara percuma membabitkan beberapa kawasan seperti Pasir Mas, Machang, Jeli, Kota Bharu dan Gua Musang.
Dalam perkembangan lain, Mohd Misuari berkata, terdapat 196 kenderaan yang masih belum dituntut yang mana didaftarkan di atas nama rakyat tempatan tetapi disita kerana dipandu warga asing terutama dalam kalangan etnik Rohingya.