Saluran YouTube Sugu Pavithra yang dulunya terkenal dengan video masakan kini menjadi persoalan netizen mengenai keberadaan beliau.
Wanita yang berasal dari Ipoh dan terkenal semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), S. Pavithra pernah mengecap status selebriti media sosial sebelum tiba-tiba menghilang.
Baca Juga:
- Channel ‘Sugu Pavithra’ Di YouTube Kini Kosong Tanpa Video
- ‘Sugu Pavithra’ Terima Anugerah Daripada YouTube, Disambut Meriah Bersama Keluarga
- Padam Semua Video Di YouTube, Ini Penjelasan Sebenar Daripada ‘Sugu Pavithra’
Melalui saluran YouTube beliau, video terakhir yang dimuat naik olehnya adalah pada satu tahun yang lalu.
What happen to her? Last video about a year ago. I thought they relied fully on youtube for their income? I am sure she still have many recipes to share. pic.twitter.com/7JWjusghnc
— fireflyyyyyyyyy (@skyflyingace) April 26, 2023
Kini persoalan dimanakah beliau menjadi buah mulut netizen yang merindui kandungan-kandungan masakan daripada beliau.
Sebahagian netizen percaya bahawa kejayaan yang dikecapi oleh beliau sebenarnya diganggu oleh suaminya yang sebelum ini terpalit kontroversi selepas ditahan polis.
husband dia pernah kena tangkap kan masa isteri dah famous? damn time pkp layan dia je memasak terus rasa lapar
— Zikri (@zikridnial) April 26, 2023
Dengar cerita laki dia tak suka segala fame yang dia dapat dulu
— |Phirdaus| (@FrdausDigiTamer) April 26, 2023
Sebahagian netizen pula merasakan bahawa Sugu tidak mempunyai perancangan yang jelas selepas mendadak popular secara tiba-tiba.
They didn’t really have a plan in place, rose up to fame quite fast. Thereafter personal family issues that they couldn’t sort & I reckon they just moved on with their lives.
— Rita Jeswant (@ritajeswnt) April 26, 2023
Sebahagian lagi merasakan bahawa media terlalu memberi tumpuan kepada ceritanya.
Media gave so much attention and pressure to Pavitra which lead to her downfall. Things would be a little better if media & public gave her the space she & her family needs.
— Adrian Amalraj (@Iadrianamalraj) April 26, 2023
Untuk rekod, selepas popular, keluarga ini pernah terpalit dengan kontroversi selepas suaminya M. Sugu didakwa memukul isterinya Pavithra.
Pergaduhan dilaporkan terjadi disebabkan suaminya yang berang kerana namanya tidak disebut semasa Pavithra menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.
Selepas kontroversi tersebut, keluarga kecil ini memilih untuk menjauhkan diri daripada saluran tersebut.
Mereka bertindak memadam semua video dan memilih untuk menjadi keluarga biasa kerana kurang selesa dengan terlalu banyaknya tumpuan yang diberikan kepada mereka.