Tiada penganjuran bazar Ramadan tahun ini dan pastinya ramai rindu ingin pilih aneka juadah makanan seperti murtabak, ayam percik, dan banyak lagi.

Sebut tentang murtabak, setiap orang memiliki cara berbeza untuk nikmati murtabak sama ada makan begitu sahaja atau cicah dengan kari atau dengan sirap bawang.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Bukan ingin timbulkan perbalahan tetapi ingin kongsikan resipi murtabak yang sedap dan mudah oleh pengguna Facebook Ritzuwan Syde untuk anda cuba sendiri di rumah. Sudah bersedia? Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan untuk kulit murtabak (10 biji):

Tepung 500g, air 250g, 2 biji telur, 4g garam, 5g gula, 150g susu pekat dan 15g margerin. *Doh kulit murtabak sebaiknya disediakan sehari awal.

94118838_3463830196965157_7772696843506417664_o

Cara-cara membuat kulit murtabak:

1. Masukkan kesemua bahan kedalam bekas yang besar.
2. Gaulkan tepung dan bahan cecair perlahan-lahan dengan mengunakan jari. Leraikannya. Proses ini dipanggil ‘crumbling process’. (tekture seperti bread crumb)
3. Apabila cecair sudah sebati dengan tepung, boleh mula menguli doh.
4. Uli sehingga doh tidak melekat.
5. Rehatkan doh selama 30 minit (lebih kurang) dan bahagi kepada 10 biji bebola kecil.
6. lumurkan dengan margerin dan sedia untuk digunakan.

Bahan-bahan untuk inti daging:

1000g daging kisar, 100g bawang besar (potong dadu), 12g bawang putih (cincang halus), 28g rempah kari daging, 14g rempah bryiani, 10g serbuk pati ayam, 10g secukup rasa (Maggi), 12g gula dan 100g air.

94206977_3463836623631181_1493814944381009920_o

Cara-cara membuat inti daging:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit layu.
2. Masukkan daging dan kacau sehingga masak.
3. Masukkan rempah (kari dan bryiani), pati ayam dan gula, lalu gaul sekata.
4. Masukkan air dan masak sehingga daging nampak kering.

Bahan-bahan untuk inti murtabak:

3 sudu  inti daging, 1 biji telur, 1 sudu bawang holland (potong dadu), 1 sudu secukup rasa (maggi) dan secubit garam.

94177380_3463830646965112_5926463958289481728_o

Cara-cara membuat inti murtabak:

1. Pukul (whisk) kesemua bahan dengan garfu sehingga sebati.
2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan tuangkan inti murtabak. Masak sehingga keperangan dan terbalikkan.

Langkah-langkah penyediaan murtabak daging:

1.Tebar doh di atas meja hingga nipis.
2. Letakkan inti murtabak di tengah doh dan balut dengan kemas.

94128981_3463830953631748_3216252681555279872_o
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masak kedua belah bahagian sehingga masak.
4. Siap dan sedia untuk dimakan.

Mudah sahaja untuk buat murtabak daging ini. Bolehlah buat untuk berbuka puasa nanti. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik lain yang anda boleh cuba di rumah pada pautan di bawah ini.

Resipi Ayam Gunting Yang Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba Penggemar Uncle Bob Ini Raih 4.6K ‘Shares’

Lebih 1.6K ‘Shares’, Ini Resipi Mudah Lemang Guna Air Fryer Dijamin Sedap Seperti Dibakar

Resipi Pancake Pisang Ala ‘Street Food’ Thailand Yang Lazat Dan Mudah Ini Raih 6.9K Retweets