Beberapa hari lalu semua cawangan KFC penuh dengan kehadiran pelanggan kerana orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran ‘jimat poket’ di mana dua Snack Plate boleh didapatkan pada harga RM20 sahaja.

Walaupun tawaran itu cuma dibuat untuk tempoh satu hari sahaja, namun ‘demam KFC’ masih lagi menjadi bualan orang ramai, lebih-lebih apabila ada seorang pengguna Facebook memuat naik kembali sedutan pendek daripada filem Ali Setan tentang bagaimana rangkaian restoran makanan segera dari Amerika itu beroperasi di Malaysia pada tahun 1980an.

Baca Juga:

Siapa sangka pada ketika itu pelanggan yang datang ke restoran KFC akan dilayan oleh waiter. Sejurus pelanggan duduk di meja, pelayan akan datang untuk mengambil pesanan makanan dan pelanggan hanya perlu duduk tunggu makanan serta minuman sampai sahaja.

Klip video pendek tersebut membuatkan orang ramai mengimbau semula kenangan sewaktu mereka kecil-kecil dahulu. Menurut netizen, ketika zaman itu sesiapa yang dapat makan KFC dikira mereka yang ‘kaya’ dan ‘mewah’.

Lebih menarik, netizen yang berpengalaman makan di KFC pada tahun 1980an menyatakan mereka makan ayam goreng menggunakan pisau dan garfu, bukan menggunakan tangan seperti mana kita pada hari ini.

Sumber Gambar: Facebook Malaysiaku Dulu Dulu Official
Sumber Gambar: Facebook Malaysiaku Dulu Dulu Official
Sumber Gambar: Facebook Malaysiaku Dulu Dulu Official
Sumber Gambar: Facebook Malaysiaku Dulu Dulu Official

Antara hidangan paling diingati ramai ialah ‘nuget berbentuk huruf’ yang diperbuat daripada ayam, sambil makan boleh susun huruf untuk jadi perkataan. Lebih banyak nuget dibeli, lebih mudah untuk cipta perkataan sebelum memakannya.

Bagi generasi yang tidak sempat merasai ‘layanan istimewa’ KFC, mereka paling teruja apabila melihat ada pelayan yang akan menyambut dan membuka pintu ketika pelanggan mahu masuk ke dalam restoran. Automatik terasa seperti pergi makan di hotel mewah.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran video itu telah mendapat lebih 1,000 komen dan perkongsian semula daripada netizen.

Jika anda pernah pernah merasai pengalaman suasana restoran KFC pada tahun 1980an, kongsikan pengalaman menarik anda di ruangan komen. Siapa tahu satu hari nanti KFC Malaysia ‘terbuka hati’ untuk throwback semula suasana seperti itu semula pada masa akan datang.