Walaupun berjenama tempatan, namun Perodua Myvi sering saja muncul dalam berita-berita dan hantaran media sosial- di mana setiap laporan yang timbul pasti akan mengejutkan kita bila melihat dan mendengarnya.

Jika sebelum ini pelbagai aksi sudah dilakukan antara kereta kegemaran rakyat Malaysia ini, kali ini ia sekali lagi ‘mencipta nama’  selepas berjaya memecut sejauh 15 kilometer sebelum berjaya ditahan pihak polis dalam kejadian di Johor.

Tambah mengejutkan, lagak seperti dalam permainan video Grand Theft Auto ini dilakukan oleh seorang remaja berusia 17 tahun dan bukannya seorang dewasa yang sudah terbiasa dengan kehidupan yang agak ganas seperti dilakukannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada dua hari lepas, Myvi berwarna kuning itu dikejar sehingga tujuh buah MPV polis di sekitar bandar Johor Bahru selepas enggan memberhentikan kenderaan ketika diarah berbuat demikian oleh polis peronda.

Bagaimanapun, pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek selepas berjaya ditahan mungkin menjelaskan kenapa remaja tersebut sanggup melakukan aksi berbahaya tersebut walaupun dikejar bukan satu atau dua – tetapi tujuh kenderaan polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika mengesahkan kejadian tersebut memberitahu Harian Metro polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beg sandang milik suspek.

“Ia termasuk 10 biji pil Erimin 5, satu paket plastik lutsinar berisi 9 pil warna hijau disyaki dadah ecstacy seberat 4.84 gram, satu paket plastik lutsinar berisi 11 pil warna ungu juga disyaki dadah jenis ecstacy seberat 4.61 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis ketamine seberat 9.84 gram serta satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.60 gram,” katanya.

Melihat kepada senarai panjang dadah yang dijumpai bersama suspek, tidak hairanlah remaja tersebut sanggup melakukan aksi tersebut dan mengerah Myvi kuning miliknya untuk memecut sejauh 15 kilometer sebelum ditahan.

Kes tersebut kini disiasat  mengikut Seksyen 186 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 39A (1), Akta Dadah Berbahaya 1952 dimana suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan penjara hingga lima tahun dan disebat hingga sembilan sebatan.

Ini bukanlah kali pertama Myvi ‘buat hal’ di jalanraya di negara kita. Baca perkongsian kami sebelum ini di bawah mengenai sebuah Myvi yang merempuh kereta peronda polis di lebuhraya di Lembah Klang. 

Ibarat ‘Buku Bertemu Ruas’, Netizen Kongsi Video Myvi Terlanggar Kereta Polis Di Lebuh Raya

Netizen Terpegun Dengan Skil Pemandu Myvi Ini Untuk Elak Bayar Tol

Aksi Pemanduan Bahaya Myvi Biru Undang Kemarahan Netizen

Sumber