Jika sebelum ini ada bas yang dijadikan sebagai tempat penginapan, kini muncul pula penginapan daripada kapal terbang. Terletak di Broga, Negeri Sembilan, pastinya penginapan ini akan menarik minat anda.
Mana tidaknya, daripada hanya kapal terbang kini ia telah diubah suai menjadi satu tempat penginapan dan bakal dibuka tidak lama lagi. Untuk pengetahuan anda, ini adalah resort berkonsepkan kapal terbang pertama di Malaysia dan satu-satunya resort di dunia yang menggunakan 2 pesawat sebagai penginapan dan dewan bankuet.
Lokasinya yang dikelilingi alam semulajadi akan memberikan ketenangan buat anda yang menginap di sini. Pada waktu malam, anda akan dapat melihat kecantikkan bintang sambil ditemani udara segar.
Malah, anda juga akan berasa selesa sepanjang penginapan anda di sini. Jika anda tidak mahu menginap di penginapan jenis kapal terbang, terdapat penginapan biasa juga di Twin Jets Resort ini.
Menjengah ke laman sesawang, harga penginapan biasa di resort ini bermula dari RM900 dan untuk Premium Jet pula berharga RM18,000. Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, anda boleh klik sini.
Sementara itu, Genting SkyWorlds telah dibuka secara rasmi. Ini apa yang perlu anda tahu sebelum ke sana.
Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds
Ini Sebab Mengapa Papan Tanda Family Mart Di Cameron Highlands Hanya Berwarna Hitam Putih