Pestabola Merdeka 2024 – Malaysia vs Filipina [4 September 2024, 9:00 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Pestabola Merdeka yang melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi saluran TV tempatan.
Jangan risau jika anda tidak sempat berada di depan TV kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja berada.
Astro turut menyiarkan perlawanan tersebut di Astro Arena namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini.Β
Link siaran langsung:
Hari Perlawanan | Rabu, 4 September 2024
Pestabola Merdeka 2024
β½ MALAYSIA π²πΎ ποΈ π΅π FILIPINA
π 9:00 malam ini
π Stadium Nasional, Bukit Jalil
πΊ Siaran langsung di @ASTROARENA @sukantvrtmπ« Beli tiket di https://t.co/B4CR1FkyrT#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/jb23pTaXoc
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 4, 2024
Perlawanan itu merupakan aksi sulung Harimau Malaya di bawah kendalian Pau Marti Vicente dengan pengendali dari Sepanyol itu memiliki pengalaman bersama kelab gergasi, Barcelona.
Harapan tinggi sudah pasti diletakkan atas bahu Vicente terutama selepas dia diberikan tanggungjawab besar untuk meneruskan ‘legasi’ yang ditinggalkan bekas bosnya, Kim Pan Gon.
Malah, ada juga pihak yang mengidamkan corak permainan ‘cantik’ atau ‘tiki-taka’ dapat dipamerkan Harimau Malaya di bawah Vicente.
Jika menang, Malaysia bakal bertemu sama Tajikistan atau Lubnan pada aksi final yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini.
Tajikistan muncul juara Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan Malaysia 2-0 di pentas akhir, 17 Oktober tahun lalu.